Friday, December 31, 2010
New Year 2011~~!!
°.˛*.˛.°★。˛°.★** Happy *★* *˛.
Wednesday, December 29, 2010
Harimau Naik Belang, Garuda Patah Sayap !
++KEISTIMEWAAN DAN KEGUNAAN SIFAT MARAH++
Hadis riwayat Imam Ahmad
“ Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah “.
Didalam islam kita dianjurkan untuk mengawal perasaan marah bukan beerti kita perlu membuang terus sifat marah tersebut.
Mengawal kemarahan adalah dengan mendidik, mengajar dan mengerahkan perasaan marah agar ia tunduk kepada pertimbangan aqal dan suruhan syarak. Mengasuh dan mengajar perasaan agar tidak cepat melatah, mudah memberi kemaafan, menjauhi pertelingkahan dan perkara-perkara yang menyebabkan marah.
Hadis riwayat Al Tarmizi dan Ibnu Majah
“ Barang siapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahklannya, maka Allah S.W.T akan memanggilnya dihadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah S.W.T memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia suka “.
Mungkin anda tertanya-tanya bilakah sifat marah itu diperlukan ?. Sebenarnya sifat marah dicipta dan diperlukan ketika ingin memerangi musuh-musuh Allah, menghalang kekufuran dan kejahatan. Sifat marah juga perlu bagi mencegah perkara mungkar dan menyeru kepada perkara makruf.
Ketika mana pula sifat marah itu dilarang ?.
Sifat marah itu dilarang ketika marah yang disebabkan
oleh hawa nafsu yang mendorong pelakunya bersikap diluar batasan atau melampaui ketika dalam berbicara, memaki hamun, menyakiti sahabatnya dengan kata-kata yang kesat yang mana sikap-sikap buruk ini menjauhkan diri dari sifat kelembutan, sabar dan tenang.
Hadis riwayat Imam Ahmad
” Berikanlah kasih sayang, nescaya kalian akan dikasihi dan berikanlah keampunan, nescaya kalian akan diberi keampunan. Celakalah bagi orang-orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang-orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedang mereka mengetahui (larangan berbuat dosa itu) ”.
Hadis riwayat Muslim
” Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah yakni sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa) ”.
Islam menganjurkan beberapa perkara untuk membendung perasaan dalam keadaan marah :
1) Jika anda marah ketika sedang berdiri hendaklah anda duduk dan jika masih tidak kurang hendaklah duduk jika masih tidak kurang hendaklah baring.
” Jika seseorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia baring ”.
2) Menganbil wuduk
Hadis riwayat Abu Daud
” Sesungguhnya syaitan itu daripada api dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorang kamu marah, maka ambillah wuduk ”.
3) Berzikir, bertasbih dan membaca al-Quran
Surah Ar-Ra’d ayat 28
” (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ’ zikrullah’. Ketahuilah ’ zikrullah ’ itu, tenang tenteramlah hati manusia ”.
Islam juga menyarankan beberapa perkara dalam mendidik hati agar sifat marah dapat ditundukkan atau dikawal.
1) Berdoalah kepada Allah agar menghilangkan sifat-sifat mazmumah dan memasukkan sifat-sifat mehmudah.
” Dan tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepada ku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk Neraka jahanam dalam keadaan hina ”.
2) Belajar dan mengingati akan kelebihan menahan marah.
3) Menanam sifat sabardan lemah lembut. Sentiasa mehasabah diri dan meningkatkan sifat-sifat terpuji.
Sahabatan sekalian, saya mengingatkan diri saya dan ingin mengajak sahabat semua merenungkan akan keistimewaan dan keindahan sifat sabar agar dapat dipraktikkan berlandaskan syariat islam.
Sabda rasullullah
” Janganlah kamu ketawa didunia, nanti kamu akan menangis di dalam neraka, lebih baik kamu menangis di dunia, supaya kamu tersenyum di syurga ”.
Monday, December 20, 2010
Berdatim@IOI MALL
Friday, December 17, 2010
di kala bosan (*_+)
Tuesday, December 14, 2010
"short story" 14 december =)
Friday, December 10, 2010
| Examination Result |
Monday, December 6, 2010
Petua Untuk Menyayangi Seseorang
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia, kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Oleh itu, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna. Tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda. Kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia, kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
with love,
Friday, December 3, 2010
Saturday, November 20, 2010
Salam Aidiladha
Andainya lelaki tahu perasaan ini...
Andainya lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan
Andainya lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi
Andainya lelaki tahu
Di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Bukan jua untuk dimanjai
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh
Kerana andainya lelaki tahu
Hati itu akan senantiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu di hati lelaki
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap di hati seorang perempuan
Biarpun berkali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah
with love,