Friday, December 31, 2010

New Year 2011~~!!

°.˛*.˛.°★。˛°.★** Happy *★* *˛.
˛ °_██_*。*./ ♥ \ .˛* .˛.*.★* New Year*★ 。*
˛. (´• ̮•)*˛°*/.♫.♫\*˛.* ˛_Π_____. * ♥ ˛*
. °( . • . ) ˛°./• '♫ ' •\.˛*./______/~\*. ˛*.。˛* ˛.
*(...'•'.. ) *˛╬╬╬╬╬˛°.|田田 |門|╬╬╬╬╬*˚ .˛


New is the year, new are the hopes and the aspirations,
New is the resolution, new are the spirits and forever my warm wishes are for you.
Have a promising and fulfilling new year..

HAPPY NEW YEAR 2011~!!

p/s : hope my wish come true~!!
kenangan manis n pahit always tersemat di hati~!!

Hye hye 2011, Bye bye 2010=)

Wednesday, December 29, 2010

Harimau Naik Belang, Garuda Patah Sayap !

peh! macam pisang goreng panas...hangat2 lg...its all about bola...Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali yg pertama setelah menanti selama 14 tahun (fuhh! lama bangatt tuh!) haha aku pn dh lekat badi cakap indon...watever lah janji Malaysia tercinta tetap di hati...even kalah 1-2 dgn Indonesia pd final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno semalam, tp Malaysia menang dgn agregat 4-2 setelah tewaskan Indonesia 3-0 pd final pertama di Stadium Bukit Jalil ahad lalu...credits to Mohd Safee Mohd Sali (gila cantik jaringan ko semalam!) dan memang patut ko dpt Top Scorer Awards tuu...tak lupa pewwitt! haha syabas la to Khairul Fahmi Che Mat (elia pliz jgn marah akak!) selamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina even muka dia diganggu pancaran laser hijau (jht penyokong indon neh!)...cantik menarik tertarik ko memang deb0omm la khairul fahmi! tak lupa juga buat (cehh! macam nk tulis surat tak rasmi kt ayahanda bonda plk! hehe) Norshahrul Idlan Talala yg gila terer gelecek bola! dush! nk try gelecek juga la pastu tersembam! haha fadam muke! ok2 serius! syabas dan tahniah buat u all team bola sepak malaysia yg masih muda remaja lg...especially apek! (anak kelahiran kelantan tuu!) oke serius lg skali...hihi

| TAHNIAH U ALL & GOOD JOB MALAYSIA! |
i am so proud of you..

jom layan "Pisang Goreng Panas" neh! =D

tajuk2 akhbar hari ini, esok lusa dan mungkin minggu2 berikutnya:
8. ahh banyak lg lah...mls nk taip...sila baca sendiri...hehe

sy menang bola! eh2..haha cayalah Safee!=)
tahniah !
bak sini nak kiss gak piala tuh! haha
haa! siap gendong mnggendong lg..haishh!
pewitt! jgn marah elia...haha
Bambang sokong Malaysia eh? u ckp ape kt Safee semalam...nk tau gak! haha...

p/s 1 : Bambang umur berapa ye? haha! :>

p/s 2 : Majulah Sukan Untuk Negara!

++KEISTIMEWAAN DAN KEGUNAAN SIFAT MARAH++

Sifat marah adalah salah satu sifat yang dimiliki oleh makhluk bernama manusia. Sehinggakan seseorang itu akan digelar ‘ Si Panas Baran ‘ kerana sifat amarah yang dimiliki tidak dapat dikawal atau dibendung. Sifat marah dicipta oleh Allah mempunyai keistimewaan dan keindahannya yang tersendiri bagi mereka yang benar-benar mengerti dan menghayati. Disebalik ujian untuk menguji keimanan dan ketakwaan sifat marah perlu pada sesuatu ketika.

Hadis riwayat Imam Ahmad

“ Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah “.

Didalam islam kita dianjurkan untuk mengawal perasaan marah bukan beerti kita perlu membuang terus sifat marah tersebut.

Mengawal kemarahan adalah dengan mendidik, mengajar dan mengerahkan perasaan marah agar ia tunduk kepada pertimbangan aqal dan suruhan syarak. Mengasuh dan mengajar perasaan agar tidak cepat melatah, mudah memberi kemaafan, menjauhi pertelingkahan dan perkara-perkara yang menyebabkan marah.

Hadis riwayat Al Tarmizi dan Ibnu Majah

“ Barang siapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahklannya, maka Allah S.W.T akan memanggilnya dihadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah S.W.T memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia suka “.

Mungkin anda tertanya-tanya bilakah sifat marah itu diperlukan ?. Sebenarnya sifat marah dicipta dan diperlukan ketika ingin memerangi musuh-musuh Allah, menghalang kekufuran dan kejahatan. Sifat marah juga perlu bagi mencegah perkara mungkar dan menyeru kepada perkara makruf.

Ketika mana pula sifat marah itu dilarang ?.
Sifat marah itu dilarang ketika marah yang disebabkan
oleh hawa nafsu yang mendorong pelakunya bersikap diluar batasan atau melampaui ketika dalam berbicara, memaki hamun, menyakiti sahabatnya dengan kata-kata yang kesat yang mana sikap-sikap buruk ini menjauhkan diri dari sifat kelembutan, sabar dan tenang.

Hadis riwayat Imam Ahmad

” Berikanlah kasih sayang, nescaya kalian akan dikasihi dan berikanlah keampunan, nescaya kalian akan diberi keampunan. Celakalah bagi orang-orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang-orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedang mereka mengetahui (larangan berbuat dosa itu) ”.

Hadis riwayat Muslim

” Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah yakni sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa) ”.

Islam menganjurkan beberapa perkara untuk membendung perasaan dalam keadaan marah :

1) Jika anda marah ketika sedang berdiri hendaklah anda duduk dan jika masih tidak kurang hendaklah duduk jika masih tidak kurang hendaklah baring.


Hadis riwayat Imam Ahmad

” Jika seseorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia baring ”.

2) Menganbil wuduk

Hadis riwayat Abu Daud

” Sesungguhnya syaitan itu daripada api dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorang kamu marah, maka ambillah wuduk ”.

3) Berzikir, bertasbih dan membaca al-Quran

Surah Ar-Ra’d ayat 28

” (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ’ zikrullah’. Ketahuilah ’ zikrullah ’ itu, tenang tenteramlah hati manusia ”.

Islam juga menyarankan beberapa perkara dalam mendidik hati agar sifat marah dapat ditundukkan atau dikawal.

1) Berdoalah kepada Allah agar menghilangkan sifat-sifat mazmumah dan memasukkan sifat-sifat mehmudah.

” Dan tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepada ku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk Neraka jahanam dalam keadaan hina ”.

2) Belajar dan mengingati akan kelebihan menahan marah.

3) Menanam sifat sabardan lemah lembut. Sentiasa mehasabah diri dan meningkatkan sifat-sifat terpuji.

Sahabatan sekalian, saya mengingatkan diri saya dan ingin mengajak sahabat semua merenungkan akan keistimewaan dan keindahan sifat sabar agar dapat dipraktikkan berlandaskan syariat islam.

Sabda rasullullah

” Janganlah kamu ketawa didunia, nanti kamu akan menangis di dalam neraka, lebih baik kamu menangis di dunia, supaya kamu tersenyum di syurga ”.

with love,

Monday, December 20, 2010

Berdatim@IOI MALL

besar+luas=letih kaki berjalan :)

inilah tempat sy dan kazen berdatim datim ahad lepas...husband dia xikut sbb ade keje...syok habess...habeskan duit yee...sgt besar dan sgt luas oke...penat kaki berjalan...tp best la sbb sy pn xpenah pegi lg tpt tu...ini 1st time jejak kaki kt sana...lgpn time tu mmg xde keje nk buat...plus keboringan yg melampau lampau...so kazen ajak g shopping kt sana apalagi dh diri sdri pn memang kaki jalan so ikut je la...sblm pegi memang xde niat nk beli apa2 pn...nak jalan2 je...tp biasalah dh namanya perempuan...paham2 je laa...(ke x paham?) hihi

ada 1 kedai jepun ni lupa lak nama apa harga brg2 yg dijual semua 5 hinggit...murah kan? tp tak pulak sy gedik2 nk beli...pelik! tak tau kenapa mungkin sbb xde yg berkenan or susah ckit nk bawa balik umah or entah lah...tapi lau angkut family sekali confirm2 sy borong semua brg2 kt kedai tu...sbb mmg cantik dan lawa2 la brg kt situ...al maklum la barangan buatan jepun kan...cute je tgk! rasa cam nk cubit2 je (eh bukan baby ni kau nk cubit2) hehe..

haa ni la kedai jepun tu...bunga tu 5 hinggit je...xnak? xnak sudaa...

lepas tu kitorang jalan2 lg...then nmpak kedai baju yg lawa2 ckit terus nk serbu masuk...perempuan biasa laa...hak3! terbeli la tshirt lengan pendek 2 helai...ala murah je pn rm15 hinggit je 2 helai tu...(xcaye plk...betul laa) mahal2 buat ape kn...bukan anak raja pn ni...hii
kazen sy lak berkenan kt jubah2 yg dijual kt kedai tu...tp xbeli xde yg berkenan dihati kot...
jalan lg then kazen nmpk selendang hitam (gmbr kt bwh terbelit tu)
dia nk beli tp sy lak yg kene try...pelik! tp last2 xbeli pn...gedik kan? hahha

try membelit..fuhh! terbelit belit...

then kitorang jalan lg...pusing lg patah balik dan pusing lg IOI MALL tu (kau ingt nk bawa kete ke?) ye laa dh sape suruh buat besar dan luas sgt...haha...sedar tak sedar perut dh mula berdangdut tak henti2...nmpak MCD singgah je la sbb lapar sgt...sy macam biasa BigMac kecik satu! tu pn tak habis makan gk...angkut balik umah...haha...dan tak sah kalau makan tak amik gmbr...

me...=)

my lovely kazen!=)

p/s : balik umah tido tak ingat dunia (tipu jek!) mlm tu kuar balik...kazen n her husband ajak g carrefour punye opening mlm tu...huishh! kecian kt kaki kita taw...hehe
ape2 pn mmg best lahh! billions thanks to my kazen n her husband...:)
with love,

Friday, December 17, 2010

di kala bosan (*_+)

fuh! (letih pk tp xtau nk cite sal pe)
hurmm~ nk je share2 cite tp xtau nk cite sal pe nih...hampeh! tnggu punye tnggu xde 1 pn idea dtg hinggap kt kepala otak neh (ceh! ko ingt bird ke hinggap2 neh!) hihi

erm layan gambar dulu oke tak? mane tau dpt idea nk cite pas ni...
haha...aduu byk tol alasan kan? kalau dh mls ckp je mls nk pk kan? senang cite! =p

terjumpa pic mase bile xtau ni...
**ni sblm pakai braces lg...n sblm incident itu...=)**

erkk! tak dtg2 gk idea nih...hik2
esok2 lah yee...Tuan Punya Blog nk tido dulu...
ngantok bangat sihh! HAHA
good night!=)
with love,

Tuesday, December 14, 2010

"short story" 14 december =)

hurmm...dah jarang sgt dah update blog skrg ni...bukan tak ada masa...cuma tak ada idea dan juga tak ada cerita nak kongsi2 kt cni (byk je cerita act!) dah malas ckp je mls kan? kan? (menjawab yee!) kikiki~

2 3 4 menjak ni sy sibuk sikit...sbb skrg ni dalam proses nak setelkan FYP untuk next semester...dan kalau anda2 nak tahu next semester dah last sem dah (nak gk gtau!) yah0ooooo!!
insyaAllah...(arghh! xjadi last sem lak! haduii~)

"Saya hanya merancang, Allah swt yg tentukan"

lepas ni nak sambung masters or nk keje dulu? owh fenim sudaa~
sila beri idea dan pendapat masing2 oke!
tenkiu!=)

p/s: sgt tak suka duk kat sini...tp terpaksa! ngeh3

pen merah pen biru, jgn marah i love you!
pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas!
xde kaitan...wahaha!
with love,

Friday, December 10, 2010

| Examination Result |


cuak!

makan xkenyang...mandi xbasah...tido xlena dan hati gundah gulana (tipu je sume tu) =p
ok fine! mmg sume kt atas tu betul...semuanya sbb...

|RESULT EXAM|

mmg bahaya penangan result exam ni weh! kurang lebih org putus cinta lak...haishh!
dan aku...macam biasa macam tak biasa, cool memanjang jer (dlm ati cuak oke!)
buka je FB, semua sibuk post status kt FB masing2...luah perasaan sal result masing2...ade yg nak lari jauh la...nak bunuh diri pn ade...astaghfirullahalazim! mintak jauh...
aku lak?? hurmm~ uitm announce result kuar 10 december...tapi aku 9 december dh kalut nak check dh...erkk! bukan 8 ke dh kalut?? hehe...bukan excited bukan ape pon (pdhal mmg excited kan kan??) HAHA..
act, result dh kuar 9 december or maybe 8 kot cuma belum rasmi je lg...
oke mlm tu tido dgn tak berapa nak lenanya...sbb sblm nak tdo tu masih lg buka student portal refresh and refresh again...tapi hampeh! sudahnya aku tido sbb bosan sgt mengrefresh...
bangun je esok pg, aku tak terus mandi HEHE (oke sila kutuk!) terus buka laptop n check email...skrol punye skrol...hampeh!! semua FB punye email dan jeng3!! lemah jantung2 (eh! jantung ade 2 ke?) hihi...

dup dap dup dap dup dap!

Bismillahirrahmanirrahim...huk alossss~ oke fine! dpt terima dgn hati terbuka plus lapang dada...fuh! amek kau khairiah! (sambil kutuk dri sndri lam ati)
mmg tak dijangkakan result aku sem ni...tp syukurlah alhamdulillah dgn ape yg aku dpt...
Allah bagi setimpal dgn ape yg kita usahakan...lau usaha byk, byk la dpt...if ckit, ckit la dpt...aku usaha ckit...so paham2 oke result aku mcm mane...

aku la neh pas tgk result..

btw, tahniah yg dpt dekan n pointer tinggi2 tuh...yg fail, tak bererti gagal skali gagal selamanya oke...cuba yg terbaik lg untuk semester akan datang...insyaAllah...=)

with love,

Monday, December 6, 2010

Petua Untuk Menyayangi Seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia, kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Oleh itu, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna. Tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda. Kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia, kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun. 

with love,

Friday, December 3, 2010

"Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,"
with love,