Monday, January 31, 2011

Kau Dipaksa Aku Terpaksa

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut

Thursday, January 27, 2011

(^_+)


Apabila Allah memanggilku ambillah aku dalam keadaan Khusnul Khotimah (baik di akhir) dan sempatkanlah aku mengucapkan kalimat "LA ILAHA ILLALLAH"


Tuesday, January 25, 2011

bertungkus-lumus! ngee~

sila lah buat kerja sekolah last2 minit. hasilnya macam ni lah *perfect!
bagus anak sape la ni. buat la kerja tu last minit lagi (sambil kutuk & perli diri sendiri)
oyeah! saya lah tu selalu je buat keje last2 minit. dari dulu sampai lah sekarang asyik buat keje last2 minit je. nak wat macam mana tu je perangai buruk yang saya ada. erkk! *kenapa mesti ada je dlm setiap sentence?* hihi

tapi apa2 pun keje sekolah saya dah setel. so, boleh balik kampung sambut raya cina la kan? haha. bab2 nak balik laju je saya neh! sapa tak kenal. tak kenal maka tak cinta. kan? ngeh3
actually, i am doing physics lab report. fuh banyak sangat nak kena tulis itu dan ini. dah la lama tak menulis. lupa dah macam mana nak tulis huruf "a". *melampau* haha
almost 90% have been done. yang lain2 cuma tinggal nak makeup2 ckit je lagi. *kau ingat orang ke nak makeup2. lab report ni weh! =p

baru 1st page. hadoi!

-
-
-
-
-
-
-

bila dah letak cover. DONE ! hehe

dah. malas nak taip panjang2. korang bukan nak baca pn. kan?
tata!

tentang cinta..

Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar “Hai” daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu! Jangan jadi terlalu ‘sweet’, saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi,

“Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu, “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja.”

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada.

Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don’t be too choosy!)

Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencinta i itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini “Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan ‘court’ (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya… “

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan…

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayang i. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara bukan orang lain.

Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta, ia bukan ‘passport’ untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan ‘passport’ untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira-kira atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai.

People Will Forget What U Said People Will Forget What U Did But People Will Never Forget How U Made Them Feel “

Jangan sesekali kita melukan hati dan perasaan insan lain hanya untuk kebahagian dan kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya setiap hati dan perasaan itu adalah hak Allah…Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Allah Maha Adil. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasan dari-Nya… BERINGATLAH. ..

Monday, January 24, 2011

Tips Panjang Umur

Ini adalah salah satu tips panjang umur bagi umat islam. Ia adalah tips yang melibatkan konsep 'give and take' dimana anda perlu memberi atau membayar dahulu dan akan memperoleh keuntungannya kemudian.

Ia bukan skim cepat kaya atau ajaran sesat. Ia adalah aturan Allah untuk amalan mulia hambanya.

Setiap hari selepas solat, kita biasanya akan berdoa. Selalunya kita akan berdoa untuk diri dan keluarga. Antara doa yang popular ialah doa kesejahteraan dunia akhirat dan dijauhkan sanak-saudara dari azab kubur.

Ada doa yang mendoakan muslimin dan muslimat dijauhkan dari azab kubur. Sebenarnya inilah doa yang perlu anda laburkan untuk mendapat kembali pulangan pelaburan daripada ahli kubur selepas tempoh tertentu.

Kita tahu bahawa doa yang cepat sampai ialah doa dari anak kepada orang tua dan doa daripada darah daging sendiri.

Doa daripada orang luar kepada kita agak lambat sampai ke dalam 'registry'. Ini bukannya masalah 'software' atau 'server' di langit yang lembab, tetapi ini adalah 'system' yang telah ditetapkan oleh Allah.

Pertalian darah itu memberikan kelebihan kepada ketangkasan proses doa untuk sampai ke langit.

Demikianlah 'system' Allah supaya kita mendidik anak-anak dan ahli keluarga menjadi orang yang beriman kerana apabila mereka memahami agama, dan sentiasa mendoakan kita, maka itulah ubat kepada kita di alam barzakh nanti.

Maka amat rugi bagi mereka yang lalai mendekatkan keluarga dengan agama.

Ketika manusia disiksa di alam kubur, maka malaikat tiba-tiba berhenti daripada menjalankan tugasnya.

Maka terpinga-pinga dan terkulat-kulat muslimin dan muslimat yang sedang menjalani siksa kubur dan tertanya-tanya, "Wahai Malaikat, mengapa terberhenti siksaan tersebut?"

Lalu malaikat menjawab, "satu mesej baru sahaja tiba, bulan lepas si Abu ada mendoakan supaya siksaan kubur orang kampungnya dikurangkan. Jadi, tuhan sudah 'approve' dan kami beri kamu rehat 3 hari dari siksaan kubur. Selamat berehat".

Demikianlah ilustrasi yang agaknya berlaku di alam kubur tetapi konsepnya adalah sebegitu.

Maka disini, muslimin dan muslimat yang disiksa itu terus memanjatkan doa supaya si Abu tadi dipanjangkan umur kalau boleh sehingga hari kiamat kerana doa-doanya akan meringankan siksa kubur muslimin dan muslimat yang beruntung memperoleh dari kerajinan ibadat dan doanya.

Demikianlah kita kalau rajin mendoakan ayah ibu dan sanak saudara yang telah pergi agar dijauhkan dari siksa kubur.

Ketahuilah mereka akan sentiasa mendoakan, semoga kita dipanjangkan umur agar kita terus menyumbang doa lagi kepada mereka dimasa mendatang.

Kemudian didoakan semoga murah rezeki supaya kita ada lebih masa untuk beribadat dan berdoa untuk mereka. Ketahuilah azab kubur itu amat berat.

Mereka akan sentiasa mahukan tiket pelepasan dari azab ini. Beruntung ibu dan ayah kepada anak yang soleh dan solehah. Beruntunglah mereka yang mendidik kelaurga dan keturunan ke jalan Allah.

Inilah tips bagaimana kita inginkan orang mendoakan kita supaya panjang umur dan murah rezeki.

Bayangkan kalau setiap hari kita mendoakan seluruh muslimin dan muslimat semoga diringankan azab kubur. Sekiranya doa kita sampai, berjuta dan berbilion daripada mereka mendoakan kita.

Ini bukanlah kisah atau cereka. Ia juga bukan cerita atau jenaka. Ia adalah perkara di dalam kitab yang mana dihuraikan untuk kefahaman yang mudah.

Maka janganlah membuang masa dan jadikanlah ia amalan. Insyallah mendapat berkat dengan meyakini agama yang satu ini. Wallahua'lam.


Saturday, January 22, 2011

Lastly !

akhirnya acer merah dah sah jadi milik saya. ececey! macam dah sah kawin lak.
suka sangat! tapi yang tak sukanya duit abis melayang. T_T
takpe lah janji benda ni berguna untuk masa2 akan datang. ye dop? hihi

comel tak? haa jeles ah tu! =p

Friday, January 21, 2011

Tips Nikah Kahwin


Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Sunday, January 16, 2011

Bila Allah Menduga Kita =)

aritu ada terbaca sapa punya blog ntah. banyak sangat baca blog sampai tak ingat dah. hihi
(tua dh nyanyuk biasa ler!) dia ada gtau sal buku ni dan syorkan suh beli dan baca. terdetik lak hati nak beli so beli la semalam. nasib baik ada tanya tokey kedai buku tuh. alhamdulillah tak sia sia. tadi petang baru baca buku ni. tup2 terlelap hampeh! kalau baca buku Ujang ke Mangga ke confirm buka luas2 bijik mata tuh kan? dah tau dah korang neh! tapi saya tak ah. hihi

saya syorkan korang beli dan baca lah buku nih. tak rugi satu sen pun ptptn korang. rm19.90 je harga buku nih. standard harga novel2 alaf21 yang korang suka baca tuh. macam saya tak baca ke? ngeh3. beli dan baca ye. saya pun tak habis lagi baca ni.

terasa nak baca buku nih!=)

"Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang-orang beriman dan istiqamah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami dari putus asa terhadap rahmatMu dan rasa aman terhadap tipu dayaMu. Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu. Dan gantikanlah apa-apa yang hilang dari kami dengan yang lebih baik dari sisiMu"


Petua Untuk Hati


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

Sibukkan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Saturday, January 15, 2011

si Merah !

arghh! jatuh cinta ngn si Merah. arghh!!! (histeria jap) sambung balik. ARGHHHH!!

ok dah abis. fuhhh! (jap lg smbung balik histeria) tu tuu benda kat bawah tuu. korang nampak tak? (angguk la) mesti korang nak kan kan? beli ah sdri. pastu mesti korang nk tayang2 kt member2 adek badek mak bapak kan? (kalau korang beli ngn duit korang sdri la kan. tihii) sumpah lawa gile dowh. aku (mcm kasar je bunyi tp lantak la korg bca ngn nada biasa je) dlm dilema skrg. nak beli ke tak nak? nak beli ke tak nak? nak ke tak nak? hadoii poning kpalo eden. duit nak kata tak dak tu ada. nak kata ada tu cam tak dak lak (baik tak yah beli ye dop?)
eh NAK2!!! haa amek kau capital letter. siap tiga tanda seru lg kau. nak beli tapi arghhhh! (tak habis lg ke histeria?erkk!) laptop dh ada dh satu ekceli. bukan nak tambah jadi dua pn. tapi ape salahnya kan. hihi yg satu ni buat hal. dia punya screen rosak sikit. bukan sikit dh ni banyak kot. dh nak tercabut dh leher dia ni. nazak dah! (dh sampai ajal ko kan laptop? kesiann hehe)
survey punya survey laptop semalam jatuh hati plk kat si Merah ni. uit uitt bukan ACER Ferarri lahh. tak mampu lah nak beli yg tu. sah2 ngaku terus tak dak fuluss! gmbr yg Google Pic 2 tuh. aku berkenan yg tu laa. dh jatuh cinta dh. tak tengok dh laptop kaler lain. sumpah tak tipu. hihi arggghh! nak beli ke tak nak ni?? T_T okeh beli! ^___^ (aikk! ilang dh histeria. haha)
oklah2 saya (baik punya saya. td aku) beli. pastu nak tayang2 kt korang. nak upload kt fesbuk. haha xleh blah! korang jeles kan kan?? haha.
Google Pic 1 - yg ni comel jgk. mak aihh aku beli 2 2 kan.

Google Pic 2 - si Merah mama. haha

ni mama nk beli si Merah...wakaka!

p/s : arghhh! (sambung histeria yg atas td) lawa lah si Merah ni. tunggu ye nanti mama beli si Merah...wahaha! mama?? kah3. (gelak guling2)

Friday, January 14, 2011

jom layan dangdut oke~!!

pewitt...sejak bila saya layan lagu2 dangdut nih? wahaha...
tak lah actually semua lagu saya layan la...balada, pop rock, hip hop, dangdut, hindi pendek kata semua lah...lagu ana raffali pun saya layan (sbb menang AJL je kan?haha)
bahkan lagu tamil pn saya layan...erkk! tak2 tak paham~! hehe

ni lah lirik lagu tuh...best la gak! try la download dan sdri dgr...kompem tgkap lentok! haha...

Semakin Rindu Semakin Asyik-Amelina

Terang Bulan Malam Ini
kerlipan Bintang Seribu
yang Ku Damba Saat Ini
hanyalah Engkau Yang Satu
didalam Hidupku

teratai Di Pinggir Kali
mulanya Mekar Berkembang
yang Ku Sebut Hari-Hari
hanya Namamu Seorang
ku Mabuk Kepayang

bila Kau Jauh Terasa Sunyi
resah Gelisah Sepanjang Hari
seandainya Kau Ada Di Sisi
bahagianya Hidupku Ini

kali Pertama Ku Kenal Cinta
baruku Sedar Ertinya Madu
jiwa Gelora Mimpi Mengusik
semakin Rindu Semakin Asyik

panas Panas Panasnya Mentari
tak Sepanas Cintaku Ini
kepadamu Yang Aku Kasihi
hingga Akhir Hayatku Nanti

bunga-Bunga Bunganya Asmara
harum Dan Mekar Di Dalam Dada
walaupun Yang Menghalangi
cintaku Pasti

Wednesday, January 12, 2011

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu

alt

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Tuesday, January 11, 2011

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain. " Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan. " Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. J adi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu>>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Thursday, January 6, 2011

Salam Jumaat

wah! teringat seseorg tgk pic ni...=)
*hope awak sihat2 saja dong!*

pagi2 dh update blog...mandi pun tak lagi...syhhh! haha (alah! mcm korang semua dh mandi) hehe...cejukk lass! oke2 jap2 lagi caye mandi yee...=p
hari ni hari Jumaat penghulu segala hari...

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

rindu kamu semua!=)

##arini nk keluar ngn adik beli-belah ape yg ptut tuk semester ini..jom sape nk ikut=)

p/s : yg lelaki jgn lupa g solat jumaat taw!

*Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”*

Wednesday, January 5, 2011

Encik Abah & Puan Mama

two person that i love so so much!
thanks mama melahirkan anakmu ini...
thanks abah mendidik anakmu ini...
jasamu tak terbalas!
dikau lah pembakar semangat, tulang belakang, buatku tertawa saat aku jatuh dan rebah...
maafkan anakmu ini andai aku pergi dulu dan tak sempat membalas jasa2 mu...
halalkan makan minumku selama ini...
maafkan salah dan silapku andai ada terkasar bahasa, terbuat yg tak sempurna di mata kalian, tertinggi suara, dan bermacam2 "ter" lagi...
I Love Both Of You~!!

p/s : *air mata mengalir laju...rasa nk balik umah peluk kamu berdua erat2*
T_T

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKAoleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapatMELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akanKEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

Monday, January 3, 2011

04012011

bila saya mengepost entry ni, sah sah saya tak ada keje nak buat plus BOSAN! serius tak tipu...yela kan minggu pertama sekolah memang tak ada keje lagi...assignment, kuiz, test etc tak start lagi...minggu2 berikutnya mula lah kalut sana sini...student life biasa la...sape tak penah lalui kan?=)


arini, 4jan my adik laki bongsu punya hari lahir...yg ke-14 (dah besar dh adik yee!) semalam call dia sebab rindukan dia...kt umah dgn dia lah saya gurau2+gaduh2 manja (ore klate oyak bobok!) haha...tanya dia sambut ke tak birthday, dia cakap tak...tapi ada makan KFC dan dia cakap ada kek...haaa! tak kan tak sambut kan? tipu2! haha...may Allah bless you always and hope all your wishes come true! lupa nama adik sy Ahmad Alif Mustaqim, kitorang pnggil adik je...(tak malu dh besar pggil adik lg) =p...3 hari lepas lak adik saya sorang lg punya birthday...tahun ni dia SPM...wish her all the best in SPM...angoh tau nisya' (nama manja dia) pndai dan rajin sgt2 dari kakak2 mu yg lain...ngeh3 (erkk! termasuk aku kah? haha)
**angoh-namo manjo sayo! hik3


serius arini rasa malas sgt nak kemas2 bilik dan barang2 yg masih tersusun elok dalam beg2 tuh...cuma rajin menyapu lantai je td sebelum mandi (tak leh tgk lantai ada benda asing!) hihi...actually bukan malas cuma tak larat sebab badan2 dah lenguh dan sakit masa angkat barang2 kt stor semalam! even duk level rendah pn tapi naik tangga woo! dah la berat...dush!
esok lusa tulat la saya kemas barang2 itu semua...lgpn memang saya free minggu ni...banyak la ko free!! memang free pon...haha!

ok lah...nk tido...tatatititutu!=p

p/s : tiket CNY dh leh beli lom? haha gila! kelas lom start lg dh nk balik umah!

++Minggu Pertama Persekolahan Yang Memboringkan++

nothing to do!
kelas pn tak start lagi...ceh! cepat2 la atur jadual tak sabar nk masuk kelas ni...
hehe..
len kali lah cerita ceriti untuk semester baru...=)

Saturday, January 1, 2011

29Jan~Stadium Shah Alam~8.45pm

KUALA LUMPUR – Selangor dan Kelantan akan membuka tirai kempen Liga Malaysia 2011 dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah sebelum memulakan aksi dalam Liga Super musim ini.

Perlawanan bakal berlangsung pada 29 Januari ini di Stadium Shah Alam, pukul 8.45 malam.

Dua pasukan tersebut adalah antara 14 pasukan yang bakal berentap dalam Liga Super bagi mendapatkan gelaran yang sebelum ini menjadi milik Selangor untuk tempoh dua tahun berturut-turut sejak dari 2009.

Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, terdapat dua lagi liga yang bakal berlangsung pada pada tahun ini selain Liga Super.

Antaranya, Liga Perdana yang bakal disertai oleh 12 pasukan dan Piala FA melibatkan penyertaan 29 pasukan.

”Jadual yang dirangka ini membolehkan pasukan yang mempunyai pemain kebangsaan menurunkan pemain mereka tanpa sebarang masalah di peringkat Liga Super dan Liga Perdana.

”Namun pada perlawanan Piala FA, pasukan yang mempunyai pemain kebangsaan tidak dapat menurunkan pemain mereka sekiranya dapat meneruskan aksi di pusingan kedua bagi membolehkan pemain kebangsaan beraksi di peringkat kelayakan Sukan Olimpik,” kata Annuar kepada pemberita selepas tamat majlis undian Liga Malaysia 2011 di Bukit Jalil, semalam.

Hadir sama Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azuddin Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Sementara itu, Hamidin memberitahu masih terdapat tiga lagi Stadium yang belum melepasi kelayakan yang dikehendaki untuk digunakan sepanjang perlawanan dalam Liga Malaysia tahun ini.

”Ada antara stadium tidak mencapai kecerahan lampu yang dikendaki selain mempunyai bilik persalinan pemain yang kurang selesa.

”Pihak saya akan terus menjalankan penilaian susulan terhadap stadium-stadium berkenaan bagi membolehkan tempat tersebut digunakan dengan lebih selesa kerana kadang-kala pihak pengurusan stadium sendiri tidak sedar bahawa stadium mereka tidak mencapai kualiti yang dikehendaki,” jelas Hamidin.

Liga Super 2011:
Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, KL Felda United FC, Perlis, Pahang, Harimau Muda A, Kedah, Terengganu T-Team, Kuala Lumpur, Terengganu, Perak, Johor FC dan Sabah.

Liga Perdana 2011:
PDRM, Sarawak, Johor, Johor MP Muar, KL Pos Malaysia, Harimau Muda B, ATM, Selangor PKNS, KL Sime Darby FC, Pulau Pinang SDM Navy, Pulau Pinang dan Pulau Pinang USM.