Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 1433H (2012)



Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Syukur. Dipanjangkan umur lagi. 

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Tak nak cerita lebih2. Azam tahun baru nak berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

Kahwin? Erk! Tunggu lah my sis ada anak tiga. Kuikuikui. Doakan saya cepat kahwin ye. Nanti jimat sikit korang makan nasi minyak. Haha

Tata ;)

Monday, December 19, 2011

Dia Lupa Betapa Berharganya Dirinya..


Ketika TUHAN Menciptakan wanita,
Malaikat datang menyentuh dagunya...

“TUHAN, ciptaan ini kelihatan lemah dan longlai. Seolah-olah terlalu banyak beban terhadapnya.”

“Itu bukan lemah atau longlai, itu adalah AIR MATA”.

“Untuk apakah air mata itu?” tanya malaikat.

“AIR MATA adalah salah satu cara dia mengekspresikan kegembiraan, kegagalan, Cinta, kesepian, penderitaan dan kebahagiaan."

“ENGKAU menciptakan segala sesuatunya. Wanita ciptaan MU ini akan sungguh menakjubkan!”

Wanita ini mempunyai kekuatan mempesonakan lelaki.
Dia dapat mengatasi beban.
Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri.
Dia mampu tersenyum walaupun sebenarnya hati menjerit.
Mampu menyanyi saat menangis,
Menangis saat terharu, terharu saat ketawa,
Bahkan tertawa saat ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya.
Dia tidak menolak kalau melihat yang lebih baik.
Dia menerjunkan dirinya untuk keluarganya.
Dia membawa sahabat yang sakit untuk berubat.

- CINTANYA TANPA SYARAT -

Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang.
Dia girang dan bersorak saat melihat sahabat tertawa.
Dia begitu bahagia mendengar kelahiran.
Hatinya begitu sedih saat mendengar berita sakit dan kematian.
Tetapi dia selalu mempunyai kekuatan untuk mengatasi hidup.
Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Hanya Satu Kekurangan dari Wanita,
DIA LUPA BETAPA BERHARGANYA DIRINYA..

YA ALLAH...




Ya Allah,
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah,
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah,
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah… 




Saturday, December 17, 2011

Kala Bosan...

Assalamualaikum. 

Bosan aih arini. Rasa nak berblogging je. Keje banyak je tapi Ya Allah malas tu tak yah cakap la. Nak enjoy je tahu. Pastu bila sampai tarikh nak kena submit assignment ke apa ke mula la kalut x ingat dunia. Haish ni bukan kali pertama. Dah berapa kali dah macam ni. Sape2 ada petua tak? Cepat bagitahu saya. Heee


Seminggu je lagi minggu belajar. Next following week dah start study week dah. Oh tidak. Dah bersediakah saya untuk hadapi FINAL EXAM nanti? Mestilah tak. Ish! Banyak lagi kot chapter yang tak cover. Sekarang ni pun belum habis lagi lecture. Lagi 2 chapter kot. Tapi 1 paper je untuk semester akhir ni. Hehe. Banyak sangat masa untuk study paper Quantum Mechanics ni. Tapi biasanya masa2 yang banyak tu la saya buang dengan perkara2 yang tak berfaedah. Hihi. korang dah tahu kan, so tak payah la saya nak cerita. Buat penat je menaip. Hehe. 


Cepat la masa berlalu. Dan cepatlah my family datang sini. Nak dating ni. Hehehe

Thursday, December 15, 2011

YA ALLAH, Aku Redha...



Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.
Tetapi ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha Ya ALLAH.
Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.

Wednesday, December 14, 2011

Just ONE MONTH !

Assalamualaikum. 


Hee. Happynya tak lama dh nak abes blaja. Permudahkan segalanya Ya Allah. Amin. Nak duk umah pastu tanam anggur tak berbuah buah. Hihi. Ish tak nak lah. Saya ni bukan jenis yang boleh duk diam. Ada je kerja nak buat. Shopping pn kerja juga kan? Erk! Hehe. Jeles bila tgk member2 satu sekolah, satu universiti, satu praktikal semua dh keje. Semua dh tunang, kawen. Eh! Hee. Tapi ramai yang cakap keje ni tension. Tak sama dgn masa belajar dulu2.  Yelah mmg la tak sama. Masa belajar mengadap buku je, pk nk final, main game, fb. Eh tetiba lak! Tapi same je main game, main fb gak org keje nih. Hehe. 

Ok. Cakap pasal tunang kawen ni sape tak nak kan. Kawan sy ada tanya 'ko tak nak kawen ke? Sy jawab 'perempuan mana tak nak kawen. Perempuan mana tak nak hidup bahagia dan perempuan mana yg xnak kongsi kasih dgn org yg dia sayang kan? Hurm. Tapi jodoh, pertemuan, ajal maut semua di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah lah yang sebaik baiknya merancang. Eh masuk bab kawen lak. Hehe
Sahabat, i wish u all the best 4 last semester. Eton, wani, sue, amy, tah, will gonna miss u. ;)
Nanti kawen jgn lupa jemput aku k. 

Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu


Ini versi novel.

Sape dh bace? Ya Allah besttt sgt! 2 kali sy bace 2 kali sy nangis. Hehe. Tapi dh lame dh novel ni. Mase sekolah menengah kot. Pinjam ngn kawan sy, Izzah gk name die. Hee. Dulu sy xlayan sgt novel2 ni. Bagi sy dh la tebal, uh! lmbatnye nk abis bace, dan mcm xde life bile duk mengadap je novel tuh. Pas makan, ngadap. Pas mandi, ngadap. Bangun tido, ngadap. Xde life kan? Hihi. 

Ini versi filem yg mcm pisang goreng panas skrg. ;)

Hurm. Mesti ramai yg dh tgk kan? Sape yg xtgk lg cpt2 g tgk. Sy ni mcm nk tgk lg skali je. Lagi skali tgk, lagi skali la nangis ni. Confirm! Hehe. Sedih kot cite ni. Nasib baik panggung tu gelap. Hehe. Part yg paling best dan tersentuh hati bile Hariz menitiskan air mata utk Izzah. Ya Allah ade ke laki camtu skrg? :) Ok xnak cite lebih2. Korang g tgk sdri lah. Hee

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku