Sunday, January 15, 2012

Good Luck !

Hari baru adalah hadiah daripada Allah.
Jika Dia tidak mahu memberikan peluang,
Maka tiadalah hari ini kita diberikan ruang. 

Ok! Jom study. Banyak gila dah buang masa nih. Paper berapa hari je lagi. Pastu balik kampung. Yabedabeduuuu ! Hihi


p/s : Selalu study last2 minit kan? Yelah. Study awal2 kan lupa plak. Hehe

Wednesday, January 11, 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..

Monday, January 9, 2012

Ehem!









Nama Sebenar: Johan Ariff Asari
Umur : 25 tahun (lahir pada tahun 1986)
Asal : Pulau Pinang
Pendidikan : Malacca High School. Diploma jurusan Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Johan pernah mendapat kelas pendidikan tahfiz selama 2 tahun di Batam dan Jambi, Indonesia.
Sifat : Kelakar, peramah dan suka merendahkan diri
p/s: sy suke org kelakar, peramah dan merendahkan diri ni. ehem! 

Saturday, January 7, 2012

Ragam Pelajar Hadapi Final Exam...





  • Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  • Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  • Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  • Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
  • Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  • Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  • Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
  • Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.
  • Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  • Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  • Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  • Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  • Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  • Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  • Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  • Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  • Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  • Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
  • Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  • Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.
  • Thursday, January 5, 2012


    Aku sering memasang angan untuk membina istana indah. Dia sebagai RAJA dan aku sebagai RATU. Biarpun istana itu hanyalah pondok kecil, aku tau bahagia akan ada disitu. Yang dinanti bukanlah lamaran dengan batu permata, cukuplah akad dan janji yang setia.

    Happy Birthday Adik2 Ku..



    HAPPY BIRTHDAY NISYA' & ALIF !

    p/s : Besar blako dh adik-adik. Kakok dio jh x besar-besar. Haha

    Wednesday, January 4, 2012

    Piala Sumbangsih 2012



    Perlawanan pembukaan musim baru bola sepak Malaysia menjadi medan pertempuran antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang akan berentap merebut Piala Sumbangsih 2012 pada 7 Januari.

    Perlawanan yang pada mulanya dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu kini diubah ke Stadium Nasional Bukit Jalil ekoran masalah musim tengkujuh di Kelantan ketika ini.
    Harga tiket, tarikh dan masa perlawanan 8.45 malam masih tidak berubah untuk peminat kedua-dua pasukan menyaksikan aksi pembuka tirai itu di stadium yang boleh memuatkan hampir 90,000 penonton.

    Kedua-dua pasukan diberikan penghormatan merebut Piala Sumbangsih 2012 ini selepas Kelantan merupakan juara Liga Super manakala Negeri Sembilan juara Piala Malaysia musim 2011 lepas.

    p/s : Gomo Klate Gomo !!