Tuesday, July 5, 2011

Allah Mendengar Hati Kita Menangis...


Ya Allah..

ketika hati ini menangis, hanya Engkau sahaja yang tahu


Ya Allah..

Ketika mereka meninggalkan aku sendiri.

Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku.

PadaMu tempatku menagih kasih.

Ketenangan ku rasa mendekatiMu.

Syahdu malam tak terasa sunyi


Ya Allah..

Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan.

Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan.

Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan.

Pada mereka yang pernah melupakanku


Ya Allah..

Ketika aku buntu.

Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.

Kau tak biarkan aku sendirian


Ya Allah..

Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.

Syukurku melangit pun tak tercapai.

Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai.

Semoga penyesalanku Kau terima.

Terima Kasih Allah kerana sesalu mendengar rintihanku..

Sunday, July 3, 2011

CARA NABI JAGA KESIHATAN DIRI


Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah

di hati.

Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Saturday, July 2, 2011

Hanya Kerana DIA...


Hadirnya aku hanya kerana Dia,
Bernafasnya aku hanya kerana izinNya
Mata ini salah satu bukti wujudnya Dia
Bibir ini ku kumat-kamitkan untuk menyebut khalimahNya
Tubuhku ini anugerah terindah dari Dia

Hanya kerana Dia,
Aku bisa menikmati keindahan dunia
Hanya kerana Dia,
Perjalanan sejauh ini tertempa
Hanya kerana Dia,

Aku terlalu redha dengan semuanya
Dan hanya kerana Dia,
Aku sanggup kehilangan segalanya tetapi aku tidak pula sanggup kehilangan cinta dari Nya kerana hanya cinta dari Nya yang aku dambakan.

Aku bersujud hanya kerana Dia,
Aku berdoa hanya kerana Dia,
Ibadatku juga hanyalah kerana Dia,
Semuanya hanya kerana Dia,
Kerana Dia adalah kekasihku, sahabatku dan Tuhanku..

Thursday, June 16, 2011

Tanda-Tanda Hati Kita Keras


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.

Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

01.Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.

Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud;

"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." - [Surah At-Taubah:54]

02.Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan;

"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

03.Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

04.Kurang mengagungkan Allah.

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Tepuklah dada, tanyalah iman. Semoga hati kita sentiasa segar mengingati dan mensyukuri nikmat Allah yang Maha Esa.

Angoh Saye Abah & Ma ! =)

Ya Allah, lindungilah kedua ibubapaku dari sebarang malapetaka. Ya Allah, semoga mereka Kau letakkan hampir di sisi Mu, di mana Kau letakkan hamba-hambaMu yang soleh...
Ya Allah, murahkan rezeki kedua ibubapaku, panjangkan umur mereka Ya Allah...
Ya Allah, semoga kedua ibubapaku berbahagia melayari hidup berdua bersama kami, anak-anaknya...

HAPPY FATHER'S DAY, ABAH !