Saturday, June 2, 2012


Assalamualaikum. 

Wah dah lama tak jenguk blog kesayangan. Saya sedang bercuti panjang. Oleh yang demikian (bahasa melayu A oke!) blog kesayangan pun turut bercuti sama. Hehe happy holidays all ! 

Next time kita update lagi.

:)

Wahh. Dah macam lampu lip lap lip lap hari raya aidilfitri dah ni. Hihi

Saturday, April 14, 2012



To forgive someone that has hurt you, you must first forgive yourself for feeling angry.

Wednesday, April 11, 2012

15 Perkara Mengundang Bala Allah



15 Perkara Mengundang Bala Allah

Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

-Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.

-Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.

-Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).

-Suami taat pada isteri.

-Anak mendurhakai ibunya.
-(sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
-(dan) menjauhkan diri dari bapanya.

-Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.

-Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.

-Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.

-Arak diminum di merata-rata tempat.

-Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).

-Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.

-Banyak jenis muzik dimainkan.

-Generasi umat Islam pada zaman ini mengalahkan generasi yang terdahulu.

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

“Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gementar kerana takut Allah melihatnya”
-Kaab bin Malik R.A.-

Ya Allah, selamatkanlah kami semua dari bencana tsunami. Amin.

Thursday, April 5, 2012

Mata Dan Air


Menangislah wahai mata,
kerana itu adalah tugasmu,
Menangislah wahai mata,
kerana itulah kamu diciptakan,
Mata,
kau banyak berjasa padaku,
titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh,
menemani aku disaat kesedihan,
kesepian,
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Besar,
ketikaku sujud menyembah pada Yang Esa.
Mata,
terima kasih kerana mata ini sentiasa mengajar aku erti sabar,
sabar untuk menahan gegaran hati,
yang hampir mengugat keimananku.
Mata,
aku tahu pasti kau letih untuk menangis,
dan kadangkala hampir kering air matamu untuk mengalir,
maafkan aku mata,
aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan memberi keinsafan padaku,
tentang nikmat yang amat berharga ini,
kerana jika tiada mata bagaimana hendak aku melepaskan amarah pada diri ini?
Menangislah wahai mata,
seandainya diri ini masih memerlukanmu,
selagi rasa syahdu terus meratapi,
selagi Allah meminjamkan padaku,
selagi aku masih hidup di muka bumi ini.