Saturday, May 28, 2011

Tips Atasi Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.

Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

- Artikel iluvislam.com

Saturday, May 14, 2011

Syok Sendiri

Kadang-kadang bila kita tolong kawan,kita ingat kita adalah kawan dunia dan akhirat,padahal dalam hati penuh rasa tidak puas hati.

Kadang-kadang bila kita bersabar dengan kerenah kawan,kita fikir kita lah yang paling banyak bersabar,padahal kerenah kita dengan kawan-kawan lagi banyak.

Kadang-kadang bila kita mengajak kawan tunaikan solat,kita rasa kita lah pewaris nabi,padahal solat subuh kita pun tidak terjaga.

Kadang-kadang bila kita jaga hubungan dengan Allah,kita rasa kita sudah layak masuk syurga,padahal hubungan sesama manusia tidak terjaga.

Kadang-kadang bila kita tolong ibu bapa kita,kita rasa kita adalah anak soleh,padahal jaga ibu bapa itu adalah tanggungjawab asas seorang anak.

Kadang-kadang bila kita menjaga pandangan,kita rasa kita lah manusia yang paling suci,padahal dalam fikiran kita lebih dari perempuan bogel dibayang.

Kadang-kadang bila kita study teruk-teruk dan jaga solat tapi result kita masih teruk,kita fikir Allah tidak tunaikan janji Nya,padahal kita hanya mengingati Nya ketika exam sahaja.

Kadang-kadang bila kita menulis artikel keagamaan,kita rasa kita sudah jalankan tanggungjawab berdakwah,padahal entah betul entah tidak artikel yang ditulis.

Kadang-kadang bila kita ikut program agama,kita rasa kita lah yang paling baik,padahal baru sekali dua kita ikut.

Kadang-kadang bila kita diuji,kita rasa kita lah manusia yang paling malang,padahal ada si fakir miskin yang makan 1 minggu sekali tetap bersyukur dan redha dengan Allah.

Kadang-kadang bila kita bersedeqah,kita rasa kita lah manusia yang paling dermawan,padahal kita hanya menderma RM1 dari biasiswa yang kita dapat.

Kadang-kadang bila kita baca al-quran,kita rasa kita sudah berinteraksi dengan Allah,padahal sepatah haram pun kita tidak faham.

Kadang-kadang bila kita bangun qiamullail tatkala kawan yang lain sedang nyenyak tidur,kita fikir kita lah yang paling rapat dengan Allah,padahal baru sekali kita bangun qiamullail.

Kadang-kadang bila kita menangis ketika solat,kita fikir kita lah yang paling kusyuk,padahal tangisan kita itu telah pun melalaikan kita dari mengingati Allah.

Kadang-kadang bila kita berpuasa sunat Isnin-Khamis,kita rasa kita lah yang paling soleh,padahal kita tidak sedar kita ujub.

Kadang-kadang bila kita jaga solat berjemaah di Masjid,kita rasa kita sudah dijamin masuk syurga,padahal wudhu’ dan hukum-hakam tentang solat entah ke mana.

Seloka yang ringkas tapi moga jadi iktibar buat kita semua.

Friday, May 13, 2011

Red Warrior Ratah Red Giant !


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. memang tak dijangkakan yang Kelantan akan menang dlm perlawanan menentang Selangor 13Mei semalam. perasaaan kesal dan kecewa itu ada sebab live kat astro pun takde. kena tunggu 16Mei ni lah. nak ke stadium jgn harap lah kan. tapi takpe youtube kan ade. hehe

Lepas tengok video kt youtube, mmg mudah gila Kelantan menjaringkan gol. dan Selangor macam kena pukau. terpana terpukul terdiam dan watever 'ter' lah. wahh! dua jaringan ramzul zahini adenan serta satu gol menerusi piya, nurul azwan roya dan norshahrul idlan talaha memastikan bekalan selesa Kelantan untuk separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad Ke-4 16Mei ni. *ayat Kosmo! Online HAHA

dan lagi satu. stadium shah alam penuh dengan lautan merah dgn 20 ribu penyokong Red Warrior dan 10 ribu penyokong Red Giant. mungkin kah Kelantan vs Terengganu final Piala FA nanti ? hurm sama2 kita nantikan 16Mei ini. *wah. ada bakat jadi promoter. tehee

pehh! terbaik lah korang.

ape2 pun syabas buat pemain dan penyokong Red Warrior. selamat berjuang hingga ke titisan darah terakhir. *cewwahh!

GOMO KLATE GOMO!!!

Sape nk tgk leh tgk kt sini.

Wednesday, May 11, 2011

Debaran FinalYearProject !

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. tu je yang mampu diucapkan. debaran Final Year Project dah pun berakhir 11 Mei semalam. syukur sangat2. walaupun ada lagi 1 semester kat sini. i will do my best for next semester.

nak cerita lah sikit pasal presentation semalam. saya first presenter kot. debaran di hati hanya Allah sahaja yang tahu. tapi takpe cepat abis kan? tehee. even english berterabur, tunggang langgang *sampai aku sdri pn nk tergelak. haha dan panels pun ok, Q&A pun ok, kira ok lah tuh. A+ lah kan? amin. :)

sebelum presentation. sempat lagi. wajib2! hehhe

tu sahaja.
tata.
nak g cari makanan. lapar! :D

Monday, May 9, 2011

Anak Kedua :)


ANAK MANJA IBU

sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!


ANAK DEGIL

Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul. dlm ramai2 adik beradik dia jer yg KETEGANG. kemahuan dia kuat. kalau buat sesuatu sungguh2. kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.


TAK PANDAI PUJUK

memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia.


BERCINTA

Tak digoyahkan anak no 2 juga. dia kalau bercinta, sangat setia sanggup berkorban.


HITAM / PUTIH

Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam hitamlah kalau putih putihlah. degil tak boleh toleransi.


HATI

Anak no 2 ni juga nampak jer keras tp hati dia lembut juga satu lagi peel dia, dia tak boleh ditegur. kalau kita tegur dia mesti tarik muka.


BERDIKARI

very independent..mmg betul tp kalau terlebih indepent pun payah tapi mudah bergaul. campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan. very take care of her brother and all stuff belonging family. ( sebab terlalu ambil berat pun menyampah. semua adik2 kena control kena report kat diorang )


ARAHAN

anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan. dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan org. ramai anak no 2 ni keje sendiri.


PEMAAF & CARING

tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring. tapi awas jgn bg diorg marah. kalau diorg marah faham sajer lah.


PAKAIAN

Nak ajer up to date. semua nak kemas.


p/s : sy copy paste je ni. lps bc mmg betul lah semua kat atas ni. ni mesti org yg tulis pasal ni anak ke2 ni kan ? tehee. boleh lah kalau nak kenal anak ke2 ni a.k.a TuanPunyaBlog ni. :P


hurm2. benarkah? lu pk la sendiri. hik3

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu & Bapa :)

Thanks for the great love you have shown me in the past, in the present, and in the future.

Selamat Hari Ibu, ma
Selamat Hari Bapa, abah

both of you!

Tuesday, May 3, 2011

FlamingSteamboat@Sunway


Assalamualaikum.
wahh. lama gila tak update blog. ni baru je berkesempatan. al maklum la bizi. hehe. tak mau cite panjang2. pendek2 je entry kali ni ye. =)

minggu2 yang lepas kami satu kelas plan nk ke Flaming Steamboat. ye lah dah penat study. dgn test lagi hari tu, presentation robot lagi. macam2 lagi lah. satu hari suntuk duk kat FKE tuh. sampai petang. balik tu tak tido pun sebab excited sangat nk g flaming. *tapi saya tak ah! budak2 ni je. hehe. malam tu dalam kul 8 lebih kitorang bertolak. tapi banyak songeh pulak budak2 ni. ada yang lambat la. nk make up la. tak ingat jalan la. *eh2 tipu je. haha

Alhamdulillah sampai kat sana dalam kul 9 lebih kot. sampai2 je terus pegi amik makanan dan makan melahap mencekik sampai tak ingat orang sebelah. *haha. mana ada lah. tipu je tuh! kena masak dulu la kan? kitorang makan sampai tak ingat dunia kot. *saya makan sikit je sbb rasa macam nak muntah. boleh plak kan. huhu dalam pukul 12 baru lah tamat acara makan2 dan melantak. gila ah budak2 ni makan. tak kenyang ke? haha. dan yang kelakarnya sebelum tu sanggup diorang tak makan sbb nak makan steamboat banyak2. ada yang puasa la. lunch dgn goreng pisang la. macam2 la diorang ni. tapi apa2 pun korang memang classmate yang BEST dan TERBAIK la. lepas ni kita tak jumpa dah. masing2 dah bawa haluan masing2 dah. ada yang kawen, tunang sambung master etc. hurm gonna miss you all. T_T

aih. sebelum apa2 jom layan gambar dulu. *sebak lak rasa.






p/s : eh2. terpanjang pulak entry nih. tehee :P