Thursday, August 25, 2011

Kadang-kadang

Kadang-kadang,

Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.

Untuk uji kita.

Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.

Untuk sedarkan kita.

Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.

Dan

Kadang-kadang,

Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.

Saat Allah jarakkan kita,

lalu timbul rasa rindu dan menyesal,

Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi

lebih dari yang kita mahu lakukan.

Friday, August 19, 2011

Jangan Sesekali Kamu...

Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

Thursday, August 18, 2011

The Muslim's 15 Rules For Life

1. Start off each day with thanking Allah for waking up in a good shape.
2. Put Allah first in your life.
3. If someone says something mean to you, just shrug it off and dismiss it in a friendly, laidback manner and pray that Allah shall forgive them.
4. When you get angry, remember Allah, and how short and worthless life is to waste in being angry.
5. When you're happy, try to share your happiness with others. Thank Allah for that and pray to make it continuation.
6. Do something extra of goodness once in a while, like feeding a poor person or caressing an orphan's head.
7. Spend some time thinking of Allah's amazing creation.
8. Find the righteous ways to express yourself and if you think that what you are about to say shall cause no benefit, maintain silence (this is tough!)
9. Every now and then, give yourself a break. Play sports, give time to your family, friends, but always remember Allah and watch that He is watching you.
10. Pray for blessing to come to your our enemies, and pray to Allah to guide them to the right path.
11. Hug your parents. Kiss their hands and heads and always obey but stop at Allah's orders.
12. Smile to everyone. For you smile makes a big difference to then and you are rewarded.
13. Forgive, forget, and smile.
14. Don't let popularity go to your head, for it never lasts and you may lose from it mora than gain.
15. Never look down on anybody, for they may be better than you in Allah's eyes.

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday # 3 : Lonely


Semakin Aku Dewasa...

semakin aku dewasa,
semakin aku mengenal erti tangung jawab.

semakin aku dewasa,
semakin aku mengenal erti kasih sayang.

semakin aku dewasa,
semakin aku belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.

semakin aku dewasa,
semakin aku belajar untuk menghilangkan segala rasa dendam dan iri hati.

semakin aku dewasa,
semakin aku menjadi seorang yang tidak kisah tentang tanggapan dan kata kata orang terhadap aku.

semakin aku dewasa,
semakin aku takut berbicara tentang perkahwinan dengan pasanganku kerana aku yakin, aku belum mampu untuk memikul tanggung jawab itu.
tanggung jawab pada suami, keluarga dan Allah.

semakin aku dewasa,
semakin banyak impian yang aku ingin gapai sebelum nafas terhenti.

semakin aku dewasa,
semakin aku belajar tentang hidup.
hidup yang kadang kadang indah.
dan juga kadang kadang tak seberapa nak indah.
tapi aku bersyukur.
kerana hidup inilah, aku mempunyai segala yang aku ada kini.
walau aku tahu semua cuma pinjaman dari Allah.
terima kasih atas semuanya.

Monday, August 8, 2011

to my dearest future-husband

"Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan menjaga separuh yang lain."

to my dearest future-husband-that-i-still-do-not-know-who,
know that i will be a good wife of yours.
but, i need you to help me, to guide me.

to my dearest future-husband-that-i-still-do-not-know-who,
know that i will love you and take care of you, yes, only you.
once i am yours, i will forever be yours.

to my dearest future-husband-that-i-still-do-not-know-who,
know that only you deserve to be in my heart forever.

last but not least,
to my dearest future-husband-that-i-still-do-not-know-who,
i promise i will love you devotedly forever.

:)

Thursday, August 4, 2011

Selamat Berpuasa Hari Ke-5

Assalamualaikum.
aih. dah masuk hari ke-5 kita umat2 Islam semua berpuasa. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi masih dipanjangkan usia untuk sama2 tingkatkan amal ibadat di bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak ni. InsyaAllah mudah-mudahan mendapat keredhaan dariNya. Amin. ;)

Saya puasa macam mane? macam tu lah. yaa iyaa si kurus puasa macam mane lah sangat kan. makin kurus la jawabnye. makan pun tak banyak sangat. hehe. *bila la nak gemuk nih. haishh!* so far puasa 4 hari ni ok la. tak de plak datang penyakit yang pelik2. *penyakit buat2 pengsan ke, penat ke takde oke! hehe. tapi yang peliknya kalau nak berbuka dan bersahur tu mesti nak kena ada ikan kering. hish! abah la ni balik keje je mesti beli mende tuh. tp takpe ikan kering pn sodapp! :P

semalam buka puasa kat umah nenek belah abah kt pasir puteh. best buka puasa ramai2 ni sebab macam2 makanan kita jumpa. ada juga yang tak pernah kita makan. pastu mula la rambang mata, hati dan perut. haha. *tapi bukan saya lah, :P makan sampai kenyang then g smayang trawih kt surau terdekat. best! bleh makan moreh onde-onde n kuih akok. makan lagiii ! hehe.

hari ni pulak buka puasa kat umah nenek belah mama kt machang. esok lusa rumah sape la pulak kan. hehe. lagi best buka puasa kat sini sebab ramai sdara mara duk dekat2. so makanan tu of course la macam2 adaa! hehe. menu apa pulak hari ni yee? hurm. *terbayang beger mekdi. haha.

ok lah. skit2 je cite bab makanan ni. makruh pulak kan. tak pasal2 g buka peti sejuk. tehee.

motif letak gmbar ni? :P

p/s : nak berbuka puasa ngn awk macam dulu2. ;(

Tuesday, August 2, 2011

=)


“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yg baik. Awak berhak dpt perempuan yg lebih baik. Saya nk awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sbg lelaki dan yg paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”