Saturday, October 20, 2012

Alhamdulillah



Alhamdulillah. Kelantan treble 2012. Juara Piala Malaysia 3-2 menentang ATM.

Proud to be Kelantanese 

Saturday, September 29, 2012

Happy birthday to me..



Dear me, 
Happy birthday ! 

Thank you Allah for another year of life that you gave to me.
Thank you for my family who never fails to show some love and care to me.
Thank you to all my friends who never forget me and always understand me.
Thank you for all the people who remembered me today 
by sending messages and good wishes via text, facebook, 
email and of course greeting me personally.

Thank you Allah for all the experiences that you gave me this past year.
Thank you for the success that will always be happy memories for me.
Thank you for the failures that molded me to be stronger
and drove me to come closer to you.
Thank you for all the happiness that gave me time to celebrate.
Thank you for all the sadness that reminded me of my weaknesses
and made me realized that I really need you.

Forgive me Allah for all my shortcomings.
Forgive me for all the chances that I failed to take
and for all the opportunities that I missed this year.

As for my birthday wishes for this year, safety and good health for all my loved ones.

Allah, please give me more strength to face all the challenges that lies ahead of me.
Please help me in the days ahead that I may make this year the best year for me yet.
That this year may bring good credits to me,
happiness to all my loved ones and joy to you oh Allah. AMEN.

Thanks for everyone's birthday wishes!
:)

Doa Iftitah




Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).



Friday, September 21, 2012

Whatever happens, life must go on..



Hidup benar-benar menduga aku
dan ada ketika aku mampu untuk bersabar, bertahan dengan keadaan
tapi, ada masanya aku jadi ralat, tidak mampu bersabar kerana terlalu lama bertahan
dan aku akan jadi manusia yang banyak keluh-kesahnya, mempersoalkan segalanya,
kenapa dan mengapa semua ini terjadi.

Cepat benar masa berlalu, sekejap waktu dulu aku masih bisa merasa ketenangan
namun sekelip itu juga aku hampir hilang rasa tenang, hidup mula menjadi kusam
andai saja aku ikut hati dan perasaan, kiranya aku sudah tidak mampu berdiri
yang ada hanya kekecewaan dan penyesalan.

Sudahlah hati, berhentilah menganyam rasa rendah diri.
aku yakin ini dugaan, aku tahu ini cabaran
hanya perlu diriku sendiri untuk bertahan
berjuang dan terus melawan rawan hati
agar aku mampu merasa hidup yang warna-warni,
waima hanya sekejap kali.

:)

Nobody is Perfect !



Tuesday, August 14, 2012

Bangkok Traffic Love Story



Plot : An urban love story set in the center of Bangkok where thirty-year-old, Mei Li struggling to find true love. When Mei Li accidentally meets a handsome BTS engineer whom she considers as the right man, she plans to make her first move. Though too many obstacles keep popping up, Mei Li will never give up.

Plot pun macam best. Tengok lagi la best. Hihi. I like love story both of them. Actually cite ni dah lama dh release tahun 2009 gituu. :)

Love story saya dan anda? Ehh hehe. Love story kita Allah yang tulis. So takyah risau pape k. :)

Jodoh dan pertemuan Allah yang tentukan. 

Nite! Jangan lupa bangun sahur k!

Wednesday, August 8, 2012

20 Ramadhan & Lailatul Qadar


Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Dah masuk 20 Ramadhan kita semua umat Islam berpuasa. Cepat kan Ramadhan meninggalkan kita. Dan jangan kita biarkan Ramadhan berlalu pergi dengan begitu sahaja. Ruginya kita :(

10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu tunggu oleh sekalian umat Islam yang menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini, satu malam adalah malam yang penuh dengan keberkatan iaitu lailatul qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam para malaikat turun membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yang beribadah. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut, mereka adalah golongan yang paling beruntung. InsyaAllah sama sama lah kita hidupkan lailatul qadar. 

Kata sesetengah ulama, lailatul qadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadhan.  Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan lailatul qadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa. 

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari:

Ahad/Rabu = Lailatul qadar ialah pada hari ke 29
Jumaat/Selasa = Lailatul qadar jatuh pada hari ke 27
Khamis =  Lailatul qadar pada hari ke 25
Sabtu = Lailatul qadar pada hari ke 23
Isnin =  Lailatul qadar pada hari ke 21

Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abu Hasan r.a. Tegas beliau, aku tidak pernah terlepas lailatul qadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini. 

Tanda dan alamat:

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmah: 

Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Sumber: Iluvislam.com

Ya Allah ampunkan dosa dosaku dan dosa dosa kedua ibubapaku. Amin Ya Rabbal Alamin.


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu.

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan Al-Mubarak



Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga amal ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah swt. InsyaAllah 

(:

Wednesday, July 4, 2012

Salam Nisfu Syaaban


Assalamualaikum. 

Terima kasih Ya Allah aku masih lagi bernafas hari ini. Diberi kesihatan yang baik. Dimurahkan rezeki. Dan untuk segalanya syukran Ya Allah. Hanya dengan mengingatiMu hati menjadi lebih tenang. Alhamdulillah hari ini bangun di awal pagi menunaikan solat Subuh mengadapMu Ya Allah. Syukur padaMu Ya Allah. 

Dan untuk yang berpuasa hari ini, selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa :)



Pada Nisfu Syaaban kita digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, beristighfar dan melakukan solat sunat. Kemudian mohonlah doa supaya diampunkan segala dosa, ditutup sebarang keaiban, dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala kesusahan.

Salam Nisfu Syaaban untuk semua. :)

Saturday, June 2, 2012


Assalamualaikum. 

Wah dah lama tak jenguk blog kesayangan. Saya sedang bercuti panjang. Oleh yang demikian (bahasa melayu A oke!) blog kesayangan pun turut bercuti sama. Hehe happy holidays all ! 

Next time kita update lagi.

:)

Wahh. Dah macam lampu lip lap lip lap hari raya aidilfitri dah ni. Hihi

Saturday, April 14, 2012



To forgive someone that has hurt you, you must first forgive yourself for feeling angry.

Wednesday, April 11, 2012

15 Perkara Mengundang Bala Allah



15 Perkara Mengundang Bala Allah

Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

-Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.

-Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.

-Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).

-Suami taat pada isteri.

-Anak mendurhakai ibunya.
-(sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
-(dan) menjauhkan diri dari bapanya.

-Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.

-Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.

-Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.

-Arak diminum di merata-rata tempat.

-Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).

-Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.

-Banyak jenis muzik dimainkan.

-Generasi umat Islam pada zaman ini mengalahkan generasi yang terdahulu.

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

“Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gementar kerana takut Allah melihatnya”
-Kaab bin Malik R.A.-

Ya Allah, selamatkanlah kami semua dari bencana tsunami. Amin.

Thursday, April 5, 2012

Mata Dan Air


Menangislah wahai mata,
kerana itu adalah tugasmu,
Menangislah wahai mata,
kerana itulah kamu diciptakan,
Mata,
kau banyak berjasa padaku,
titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh,
menemani aku disaat kesedihan,
kesepian,
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Besar,
ketikaku sujud menyembah pada Yang Esa.
Mata,
terima kasih kerana mata ini sentiasa mengajar aku erti sabar,
sabar untuk menahan gegaran hati,
yang hampir mengugat keimananku.
Mata,
aku tahu pasti kau letih untuk menangis,
dan kadangkala hampir kering air matamu untuk mengalir,
maafkan aku mata,
aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan memberi keinsafan padaku,
tentang nikmat yang amat berharga ini,
kerana jika tiada mata bagaimana hendak aku melepaskan amarah pada diri ini?
Menangislah wahai mata,
seandainya diri ini masih memerlukanmu,
selagi rasa syahdu terus meratapi,
selagi Allah meminjamkan padaku,
selagi aku masih hidup di muka bumi ini.

Monday, April 2, 2012

Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?



Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

Sunday, April 1, 2012

Whatever happens, life goes on.



Hidup benar-benar menduga aku
dan ada ketika aku mampu untuk bersabar, bertahan dengan keadaan
tapi, ada masanya aku jadi ralat, tidak mampu bersabar kerana terlalu lama bertahan
dan aku akan jadi manusia yang banyak keluh-kesahnya, mempersoalkan segalanya,
kenapa dan mengapa semua ini terjadi.

Cepat benar masa berlalu, sekejap waktu dulu aku masih bisa merasa ketenangan
namun sekelip itu juga aku hampir hilang rasa tenang, hidup mula menjadi kusam
andai saja aku ikut hati dan perasaan, kiranya aku sudah tidak mampu berdiri
yang ada hanya kekecewaan dan penyesalan.

Sudahlah hati, berhentilah menganyam rasa rendah diri.
aku yakin ini dugaan, aku tahu ini cabaran
hanya perlu diriku sendiri untuk bertahan
berjuang dan terus melawan rawan hati
agar aku mampu merasa hidup yang warna-warni,
waima hanya sekejap kali.

Thursday, March 29, 2012

Selamat Bertunang LJ !



Cantik dan sepadan. Semoga berbahagia Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan. 
Rupa-rupanya tunang dia adalah jiran dia sendiri. Kata orang jodoh dekat dengan kita. Tahniah LJ!

"Kami mula berkomunikasi melalui telefon sebelum sambutan Tahun Baru lalu. Kami diperkenalkan melalui kawan. Dia memulakan langkah menghantar SMS berbunyi, “hi jiran”. Mesej pertamanya itu agak comel dan saya sendiri tersenyum saat membacanya. Daripada situ, kami kerap bermesej hinggalah pada pertemuan sulung kami awal Januari. Ketika pertemuan sulung itu, saya ditemani teman baik saya bernama Wan. Perasaan bercampur baur termasuk malu berpanjangan hingga bersua dengannya. Lucunya, saya cakap dengannya pun sambil menutup muka. Tetapi dia pula sebaliknya. Dia sangat tenang dan cuba membuatkan saya selesa. Malu punya pasal, saya sampai nak balik cepat.

So sweettttt ! :D 

Nak baca lebih detail klik sini.

Keep Smiling