Sunday, April 24, 2011

24 JANGAN dalam ISLAM

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.

17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.


*Sekadar ingatan buat semua. Saya juga manusia yang tidak sempurna, ALLAH kata JANGAN tu la yang kita nak dan akan buat ! Wallahualam .


Allah knows BEST !



Allah knows what is best for us so why should we complain.
We always want the sunshine but He knows there must be rain.

Friday, April 22, 2011

Saat Kau SUKA, SAYANG & CINTA Seseorang...

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoisanmu sendiri.Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan kebahagiaanmu.

Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku menemanimu & bercerita?”
Saat kau MENYAYANGI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya? Bolehkah aku memelukmu??
Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata ?Sudahlah, jangan menangis.?
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pundakmu sambil berkata, ?Mari kita selesaikan masalah ini bersama - sama.?

SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, ?Ia sangat cantik dan menawan.?

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, ?Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..?

Pada saat orang yang kau SUKAi menyakitimu, maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANGi menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTAi menyakitimu, kau akan berkata, ?Tak apa dia hanya tak tau apa yang dia lakukan.?

Pada saat kau SUKA padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu. Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH. Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus?


SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan. SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan. CINTA adalah kau akan menemaninya di saat bagaimana keadaanmu...


SUKA adalah hal yang menuntut. SAYANG adalah hal memberi dan menerima. CINTA adalah hal yang memberi dengan rela...


Thursday, April 21, 2011

100 Pesanan Buat Diri Sendiri :)

1. Bersyukur apabila mendapat sebarang nikmat;

2. Sabar apabila mendapat sebarang kesulitan;

3. Tawakkal apabila mempunyai sebarang rancangan;

4. Ikhlaskan diri dalam segala amal perbuatan;

5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

8. Jangan hasad dengan kekayaan orang;

9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang lain;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu mengejar sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur kerana kezaliman;

14. Jangan rasa tergugat kerana fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;

16. Jangan menambahkan harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan solat malam;

26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah secara berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;

33. Berlatihlah menumpukan fikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Sentiasa perhatikan kebesaran Allah pada alam persekitaran;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Hubungkanlah silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Berbicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;

52. Sediakan waktu untuk bersama keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bersalawat kepada Nabi SAW;

56. Cintai keluarga (Ahlul Bait) Nabi SAW;

57. Jangan terlalu banyak berhutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti kata-kata yang sia-sia;

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah berkemampuan;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan;

66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang kesulitan;

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berdusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk menilai semula apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;

82. Kenalpasti kekurangan diri dan kenalpasti pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai prestasi dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun kadangkala tidak menyenangkan;

88. Sediakan waktu untuk riadah yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Lupakanlah kesalahan orang dan lupakanlah jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang menyebabkan orang lain merasa terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita tidak baik tentang sahabat kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dengan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakkan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang lain dan jangan kaya dengan memiskinkan orang lain.

100. Mati dalam keredhaan Allah, husnul khatimah, dapat mengucap dua kalimah syahadah, tiada hutang, dalam keimanan, membawa hati yang sejahtera dalam keadaan rindu kepada Allah swt dan Rasullullah, Muhammad Saw.


Monday, April 18, 2011

penangan thesis !



Assalamualaikum.

aihh. penat gile nak siapkan thesis ni. sakit kepala. nak gila dah ni. adeh!



bersepah-sepah meja! *bukan sepah raja lawak oke.

sambung esok lah.
jom tidooooooooooooooooooo!

@_@

Sunday, April 17, 2011

Minggu Stresssssss !

Assalamualaikum.
hai handsome guys and cute ladies. ;)

wahh. dah nak masuk bulan Mei dah. yey! tak sabarnya nak timang cucu. eh anak sedara. hehe
eh ke situ pulak saya melencong. lambat lagi nak dapat anak sedara. bulan 5 baru baby lahir. kan baby kan? hee *bajet baby baca blog mak sedara dia pulak kan. hik3

ni nak cerita pasal minggu bizi+stress ni. aihh sampai stress saya dibuatnya. keje banyak berlambak tak terkata tak kesian kat saya ke keje oi? erk!
ni tgh siapkan thesis sempat lak mengadap blog kan. alaa kejap je pun. pastu sambung la balik buat thesis. kan? hihi

aih pening jgk buat keje kalau mengadap laptop ni. habis lenguh badan sakit urat sakit sendi sakit otot. eh2 cam orang tua pulak.

hurm. selain buat thesis ada lagi 2 3 4 assignment yang kena buat dan submit sebelum final. lab report micro, test 2 micro, presentation robot. dari hari tu lagi belum present2 lagi. final 22hb nih. aiyoooo banyak keje maa. nak study tuk final pun kalut la jap lagi ni. hish! doakan saya supaya dpt jwb exam dgn tenang. amin. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku. amin.

ok dah. sambung buat thesis. draf kena hantar ari selasa. banyak lagi woo tak siap neh!
aiyoyoo.
@_@

tata!

Friday, April 15, 2011

Pabila gusi membengkak dan membengkak....

Assalamualaikum.
ya Allah. betapa seksa dan pedihnya sakit gigi, sakit gusi, sakit ulser, dan sakit yang sewaktu dengannya. siapa yang pernah alami tahu lah macam mana sakitnya. hurm. dan sekarang saya sedang mengalami proses pembengkakkan (betul ke pronunciation mcm ni? biaq pi la) gusi. aduh rasa macam nak mati sakitnya. nak cakap dengan org pun tak ada mood. apatah lagi nak mengunyah makanan feveret saya. kena lah berpantang sementara. sob sob. ;(
waa gila ah sakit. rasa macam nak hantuk2 je kepala kat dinding. dush!

haa macam ni la rupa bentuk dia. sebijik !

p/s : sape2 ada petua tak cemane nk hilangkan bengkak ni ? gila woo nak tahan sakit. dah la keje banyak berlambak tak terkata neh. adoiyaiii !

Thursday, April 14, 2011

Wanita dan Tulang Rusuk Lelaki


Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam AS saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasa sakit keluarnya Hawa dari rusuknya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh sebab itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan, dengan hati dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang…

Wednesday, April 13, 2011

Bruno Mars - Just The Way You Are

Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her lips, her lips
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful

comel je dia time nyanyi lagu ni. uhuk!

* aik! sejak bila aku layan lagu omputih neh? aik! sejak bila aku paham english neh? aik! (once again) sejak.. sejak.. sejak.. ah! sejak dua tiga empat lima enam menjak.

Monday, April 11, 2011

C.I.N.T.A


Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa.

Amin.Wallahu 'alam

Anda Semakin Matang Bila.....

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Sunday, April 10, 2011

the story of me ! ^^

Assalamu`alaikum...
hurm. dah lama tak update blog. rindunya kat blog kesayangan saya ni. muah2x! hehhe
*cian kat blog saya. blog saya pun ada hati & perasaan gak kan? kan? hee
takpe2. tuan awak ni baik. selalu jaga makan pakai awk kan blog? erk!

adoii. saya ni selalu je lari topik kan? nak cerita benda lain, tapi lain pulak yang diceritakan. ish3
actually nak cerita pasal perkembangan saya. eh2 bukan kembang lain. haa! korang pikir benda lain la tuh. *yela2. kembang sebab makan banyak. haha nak cerita pasal perkembangan untuk semester ni la. esaimen dah submit ke belum, markah kuiz n test tinggi ke tak berapa tinggi, thesis in progress or tak sentuh langsung * ni lagi teruk! bila nak balik kampung. *owh tak sabarnya nak balik kampung! dan bla bla bla.

phew~ minggu ni minggu paling bizi+sakit sikit. sebab minggu ni minggu ke-14 iaitu minggu kuliah terakhir sebelum final exam minggu depan. minggu ni la ada test. minggu ni la jugak nak kena present our mobile robot yang dah di-design-kan oleh kami bertiga; Khai-Sue-Amy. hari yang sama pulak tu test n presentation. harap2 dapat jawab test dgn baik (tapi tak study lg ni. hee) dan yang paling penting robot kami tak kaku time presentation nanti. amin. *malu woo kalau robot group lain gerak tapi group kitorang tak gerak. kan? kan? nak sorok kt mana muka2 kami neh? tehee

masuk bab final exam pulak aduh minggu depan dah start. paper paling awal kot! 22 april ni paper KEL344-Computer in Process Control. fuhh! harap2 dapat jawab dgn hati yang tenang setenang air di kali bendang. peh! hehe amin ya Rabbal a`lamin. nasib baik 1paper je final exam ni. lepas tu boleh la fokus untuk fyp. lagi sebulan presentation fyp. sempat lagi nak edit, copy and paste neh. hihi *aiyakk plagiarism. muehee

bila dah setel semua test, presentation fyp, submit thesis and so on, boleh la angkat dua2 kaki. hik3 tak sabaunya nak balik kampung makan durian. erk! *sampai je kt kampung dah musim rambutan padan muka. ekeke

rindunya kat ma abah adik bradik. rindu nak gurau senda dgn adik2 saya kat umah tuh. dari pagi sampai la nak tido asyik bising je kitorang berenam nih. ma abah pun join sekali. berlapan lah jadinya. hihi sampai kena sound dgn jiran2 sebelah rumah baru kitorang nih. erk tipu je. hehe mesti diorang rindu kat kakak diorang yang no2 neh. hehe perasan jap!

meh layan gambar jap. tak sah kan update entry kalau takde gambar? hurm. hehe. jom layannn~ zasssss!

ni raya tahun lepas. takde boria2 lg dah. i miss u all :(

ni la adik bongsu saya. lg tinggi dr kakak dia nih.

hurm. ok lah. lain kali pulak sambung part2. hehe.
tata.

Tuesday, April 5, 2011

Ya Allah...


Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Belas ihsan Mu kudambakan...
Pertolongan Mu kuharapkan...
Kurniakan aku hati yang tenang...
Setenang air di kali bendang...
Berikanlah aku jiwa yang damai...
Sedamai desir bayu pagi...
Anugerahkan aku hidup yang riang bahagia...
Seriang kicauan burung di rimba...

Amiin..Ya Rabbal 'Aalamiin...

::warnawarnikehidupan::


Disebalik PUTIH terselit kebencian
Disebalik OREN tercetus persengketaan
Disebalik KUNING tercipta kebahagiaan
Disebalik UNGU lahirnya kegembiraan
Disebalik HITAM muncul kenangan
Disebalik BIRU wujud ketenangan
Disebalik MERAH bangkit satu kemenangan
Disebalik HIJAU terjalin persahabatan
Disebalik PINK tercalit satu kelembutan

TAPI
Disebalik KEHIDUPAN ini..semuanya menjadi SATU
Inilah yang dikatakan sebuah kepastian yang nyata
dan telah ditentukan...

...Try to decipher it if u want to know the truth inside it...

..Warna2 inilah yg menjadi lambang hidup..menemani perjalanan menyelusuri onak2 kehidupan..