Sunday, April 10, 2011

the story of me ! ^^

Assalamu`alaikum...
hurm. dah lama tak update blog. rindunya kat blog kesayangan saya ni. muah2x! hehhe
*cian kat blog saya. blog saya pun ada hati & perasaan gak kan? kan? hee
takpe2. tuan awak ni baik. selalu jaga makan pakai awk kan blog? erk!

adoii. saya ni selalu je lari topik kan? nak cerita benda lain, tapi lain pulak yang diceritakan. ish3
actually nak cerita pasal perkembangan saya. eh2 bukan kembang lain. haa! korang pikir benda lain la tuh. *yela2. kembang sebab makan banyak. haha nak cerita pasal perkembangan untuk semester ni la. esaimen dah submit ke belum, markah kuiz n test tinggi ke tak berapa tinggi, thesis in progress or tak sentuh langsung * ni lagi teruk! bila nak balik kampung. *owh tak sabarnya nak balik kampung! dan bla bla bla.

phew~ minggu ni minggu paling bizi+sakit sikit. sebab minggu ni minggu ke-14 iaitu minggu kuliah terakhir sebelum final exam minggu depan. minggu ni la ada test. minggu ni la jugak nak kena present our mobile robot yang dah di-design-kan oleh kami bertiga; Khai-Sue-Amy. hari yang sama pulak tu test n presentation. harap2 dapat jawab test dgn baik (tapi tak study lg ni. hee) dan yang paling penting robot kami tak kaku time presentation nanti. amin. *malu woo kalau robot group lain gerak tapi group kitorang tak gerak. kan? kan? nak sorok kt mana muka2 kami neh? tehee

masuk bab final exam pulak aduh minggu depan dah start. paper paling awal kot! 22 april ni paper KEL344-Computer in Process Control. fuhh! harap2 dapat jawab dgn hati yang tenang setenang air di kali bendang. peh! hehe amin ya Rabbal a`lamin. nasib baik 1paper je final exam ni. lepas tu boleh la fokus untuk fyp. lagi sebulan presentation fyp. sempat lagi nak edit, copy and paste neh. hihi *aiyakk plagiarism. muehee

bila dah setel semua test, presentation fyp, submit thesis and so on, boleh la angkat dua2 kaki. hik3 tak sabaunya nak balik kampung makan durian. erk! *sampai je kt kampung dah musim rambutan padan muka. ekeke

rindunya kat ma abah adik bradik. rindu nak gurau senda dgn adik2 saya kat umah tuh. dari pagi sampai la nak tido asyik bising je kitorang berenam nih. ma abah pun join sekali. berlapan lah jadinya. hihi sampai kena sound dgn jiran2 sebelah rumah baru kitorang nih. erk tipu je. hehe mesti diorang rindu kat kakak diorang yang no2 neh. hehe perasan jap!

meh layan gambar jap. tak sah kan update entry kalau takde gambar? hurm. hehe. jom layannn~ zasssss!

ni raya tahun lepas. takde boria2 lg dah. i miss u all :(

ni la adik bongsu saya. lg tinggi dr kakak dia nih.

hurm. ok lah. lain kali pulak sambung part2. hehe.
tata.

No comments:

Post a Comment