Jika telah ada seseorang yang mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik” orang lain nampak lebih baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik untukmu, kerana memang Allah tidak menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu. Dunia ini hanya ujian, bersabarlah.
Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya..
Jangan pernah kita sakiti hatinya
Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu..
Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering
Cinta tidak akan abadi jika diantara kita
Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian
dan Cinta akan hancur
Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu..
Jagalah hati pasangan kita masing – masing
Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya
dan cinta juga boleh memberikan semangat..
Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati..
bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau..
kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya..
janganlah sekali – kali engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya..
kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya,
maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan..
melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat.
Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat
apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..
Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…
No comments:
Post a Comment