semakin aku dewasa,
semakin aku mengenal erti tangung jawab.
semakin aku dewasa,
semakin aku mengenal erti kasih sayang.
semakin aku dewasa,
semakin aku belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.
semakin aku dewasa,
semakin aku belajar untuk menghilangkan segala rasa dendam dan iri hati.
semakin aku dewasa,
semakin aku menjadi seorang yang tidak kisah tentang tanggapan dan kata kata orang terhadap aku.
semakin aku dewasa,
semakin aku takut berbicara tentang perkahwinan dengan pasanganku kerana aku yakin, aku belum mampu untuk memikul tanggung jawab itu.
tanggung jawab pada suami, keluarga dan Allah.
semakin aku dewasa,
semakin banyak impian yang aku ingin gapai sebelum nafas terhenti.
semakin aku dewasa,
semakin aku belajar tentang hidup.
hidup yang kadang kadang indah.
dan juga kadang kadang tak seberapa nak indah.
tapi aku bersyukur.
kerana hidup inilah, aku mempunyai segala yang aku ada kini.
walau aku tahu semua cuma pinjaman dari Allah.
terima kasih atas semuanya.
No comments:
Post a Comment