Tuesday, October 22, 2013

Tuhan itu hebat!




Tuhan itu hebat!

Kita minta, DIA bagi!
Kita tak minta pun, DIA masih bagi!
Allahu!
 
Kala dapat apa yang dipinta, syukur.
Kala tak dapat apa yang diinginkan, sabar, sabar, sabar, redha!
 
Allah memberi untuk kita memberi,
Dan, Allah tetap terus memberi walaupun kita tak memberi!


Thursday, July 11, 2013

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa



Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.:
"Solat fardu lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar." (Riwayat Imam Muslim)

Ramadhan ialah perkataan Arab daripada kata dasar "Ramida" (panas). Bulan ini dinamakan demikian kerana  kebiasaan pada masa itu bermusim panas. Ramadhan membuka peluang hangusnya dosa kerana setiap amalan baik diberikan ganjaran yang berlipat ganda dan menghapuskan dosa. Jadi rebutlah kemuliaan Ramadhan dengan berbuat baik sesama insan.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Friday, February 22, 2013

Marble Cheese Cake Brownies


Ni la rupa kek yang saya suka dan teruja nak buat. Hehe ;)

Sejak dua tiga menjak ni rajin pulak diri kerdil ini nak buat kek itu dan kek ini. Entah apa yang telah merasuk diri ini. Eh hihi. Takde lah mungkin kepala i terhantuk kat mana-mana dan membuatkan i tersedar dari lamunan yang i ni dah tua. I ulang, dah tua wuwuu T__T

So, i fikir it's not too late nak belajar buat kek, biskut etc. Sangat rugi dan ketinggalan zaman sesiapa yang tak reti buat. Yeayy i reti buat (sila muntah) :P

Ok ok dah. Kat sini i nak share resipi Marble Cheese Cake Brownies yang mana dah banyak minggu dah tangan i gatal nak buat this cake. First time buat you all tahu lah mesti jadi tak jadi punya. But it's okay practice makes perfect right?

Bahan-bahan brownies:

250g mentega
1 cwn serbuk koko
3 biji telur
1 1/2 cwn gula kastor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau.



2. Handwhisk gula+telur. Masukkan ke dalam adunan mentega+koko. Kacau sebati. 




3. Masukkan susu cair dan kacau sebati. 


4. Masukkan tepung gandum+BP+SB sedikit demi sedikit sambil kacau sebati.  


5. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.


6. Panaskan oven pada suhu 175°C. Alas loyang dengan grease proof paper nak senang keluarkan brownies. (Ikut suka hati nak letak ke tak)


7. Tuang adunan brownies ke dalam loyang. (tinggalkan sedikit utk buat marble atas lapisan cheese nanti). Bakar 20 minit guna api atas bawah.

Bahan-bahan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur

Cara-cara:

1. Pukul cream cheese hingga kembang. Masukkan gula dan pukul sebati.


2. Masukkan telur dan pukul sebati.


3. After 20 minit, keluarkan brownies dari oven (nak sejukkan brownies dulu pun boleh kot). Tuangkan adunan cheese dan ratakan. 



4. Paipkan baki adunan brownies atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Nak lorek cara kat bawah, buat line panjang2 dulu. Then tarik ke kanan kemudian ke kiri (selang-seli guna lidi)



5. Masukkan semula ke dalam oven. Bakar selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.  



Yang ni dah siap dipotong. (Korang tak sabar nak makan kan?) Hehe. 


Yang nak cuba boleh lah cuba sampai Marble Cheese Cake Brownies anda looks awesome and sedap dimakan begitu sahaja. Ehh hihi 

Bye! :)

Wednesday, February 6, 2013

Ujian teguran Allah



Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita 
agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan 
dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita 
lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati.

Sunday, February 3, 2013

Abang Khalish

Hai. My name is Khalish. What's your name? :)

Dah besar dah budak nih. Dulu masih bayi kecik lembik-lembik lagi badan dia. Sekarang nah ambik kau dah sama besar dengan i dah (ok tipu je). Abang Khalish sangat amat buas dan nakal dan gedik dan suka menyanyi dan suka cakap sorang-sorang dan suka kacau adik dia sampai menangis dan banyak lagi perangai pelik-pelik dia lol.

Sebuas-buas Abang Khalish, i will and always love him! But you love me too right? Yes. I know la :)

Ok. Stop. Next entry i will post about Abang Khalish's brother, Adik Khilfi or Kipi. 

Bye! 

Saturday, January 5, 2013

JR CAPPUCINO COLLAGEN


Assalamualaikum.

Siapa berminat boleh contact saya atau call/sms 019-9096633. Belum cuba tak tahu sedap ke tak, dah cuba pasti nak lagi dan kopi ni memang sedap. Ramai yang berpuas hati dan ramai yang repeat order. Alhamdulillah :)


SIREH
- Menghilangkan jerawat, jeragat dan parut jerawat di muka
- Melicin dan menegangkan kulit
- Membantu mencerahkan, melembap dan menyerikan kulit wajah
- Menghilangkan gatal kepala dan kelemumur

LOBATA
- Mengecutkan dan mengembalikan rahim kepada bentuk asal
- Merawat keputihan
- Mengembalikan keanjalan kulit
- Menegangkan dan menghaluskan struktur kulit

MANJAKANI
- Mempercepatkan pemulihan rahim dan saluran peranakan
- Menegangkan payudara dan otot2 badan
- Menguatkan, menegang serta mengecutkan otot selepas bersalin
- Berkesan untuk merawat keputihan

AKAR SERAPAT
- Menegangkan dan mengecutkan kulit ( awet muda )
- Menguatkan otot dan sendi
- Membantu memulihkan luka-luka dalaman dan memberi tenaga
- Membuang toksin dalam badan

KOLAGEN
- Memejalkan payudara, otot, dan punggung
- Menyihatkan rambut dan kuku
- Melambatkan proses penuaan dan mencegah kedutan
- Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghilangkan parut

VITAMIN C
- Melindungi jangkitan selesema, serta meningkatkan sistem imun
- Menghasilkan hemoglobin dan sel darah merah
- Mencantikkan dan melicinkan kulit muka dan badan
- Mengurangkan alahan

P/s : Untuk kaum wanita sahaja :)