Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.:
"Solat fardu lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar." (Riwayat Imam Muslim)
Ramadhan ialah perkataan Arab daripada kata dasar "Ramida" (panas). Bulan ini dinamakan demikian kerana kebiasaan pada masa itu bermusim panas. Ramadhan membuka peluang hangusnya dosa kerana setiap amalan baik diberikan ganjaran yang berlipat ganda dan menghapuskan dosa. Jadi rebutlah kemuliaan Ramadhan dengan berbuat baik sesama insan.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
No comments:
Post a Comment