Wednesday, January 4, 2012

Piala Sumbangsih 2012



Perlawanan pembukaan musim baru bola sepak Malaysia menjadi medan pertempuran antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang akan berentap merebut Piala Sumbangsih 2012 pada 7 Januari.

Perlawanan yang pada mulanya dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu kini diubah ke Stadium Nasional Bukit Jalil ekoran masalah musim tengkujuh di Kelantan ketika ini.
Harga tiket, tarikh dan masa perlawanan 8.45 malam masih tidak berubah untuk peminat kedua-dua pasukan menyaksikan aksi pembuka tirai itu di stadium yang boleh memuatkan hampir 90,000 penonton.

Kedua-dua pasukan diberikan penghormatan merebut Piala Sumbangsih 2012 ini selepas Kelantan merupakan juara Liga Super manakala Negeri Sembilan juara Piala Malaysia musim 2011 lepas.

p/s : Gomo Klate Gomo !!

No comments:

Post a Comment