Friday, February 22, 2013

Marble Cheese Cake Brownies


Ni la rupa kek yang saya suka dan teruja nak buat. Hehe ;)

Sejak dua tiga menjak ni rajin pulak diri kerdil ini nak buat kek itu dan kek ini. Entah apa yang telah merasuk diri ini. Eh hihi. Takde lah mungkin kepala i terhantuk kat mana-mana dan membuatkan i tersedar dari lamunan yang i ni dah tua. I ulang, dah tua wuwuu T__T

So, i fikir it's not too late nak belajar buat kek, biskut etc. Sangat rugi dan ketinggalan zaman sesiapa yang tak reti buat. Yeayy i reti buat (sila muntah) :P

Ok ok dah. Kat sini i nak share resipi Marble Cheese Cake Brownies yang mana dah banyak minggu dah tangan i gatal nak buat this cake. First time buat you all tahu lah mesti jadi tak jadi punya. But it's okay practice makes perfect right?

Bahan-bahan brownies:

250g mentega
1 cwn serbuk koko
3 biji telur
1 1/2 cwn gula kastor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau.



2. Handwhisk gula+telur. Masukkan ke dalam adunan mentega+koko. Kacau sebati. 




3. Masukkan susu cair dan kacau sebati. 


4. Masukkan tepung gandum+BP+SB sedikit demi sedikit sambil kacau sebati.  


5. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.


6. Panaskan oven pada suhu 175°C. Alas loyang dengan grease proof paper nak senang keluarkan brownies. (Ikut suka hati nak letak ke tak)


7. Tuang adunan brownies ke dalam loyang. (tinggalkan sedikit utk buat marble atas lapisan cheese nanti). Bakar 20 minit guna api atas bawah.

Bahan-bahan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur

Cara-cara:

1. Pukul cream cheese hingga kembang. Masukkan gula dan pukul sebati.


2. Masukkan telur dan pukul sebati.


3. After 20 minit, keluarkan brownies dari oven (nak sejukkan brownies dulu pun boleh kot). Tuangkan adunan cheese dan ratakan. 



4. Paipkan baki adunan brownies atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Nak lorek cara kat bawah, buat line panjang2 dulu. Then tarik ke kanan kemudian ke kiri (selang-seli guna lidi)



5. Masukkan semula ke dalam oven. Bakar selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.  



Yang ni dah siap dipotong. (Korang tak sabar nak makan kan?) Hehe. 


Yang nak cuba boleh lah cuba sampai Marble Cheese Cake Brownies anda looks awesome and sedap dimakan begitu sahaja. Ehh hihi 

Bye! :)

No comments:

Post a Comment