Sunday, March 6, 2011

Renungkan....

LALUAN MENUJU KE KUBUR

*Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji

*Hindarkan perasaan irihati ( benci )

*Jangan terpengaruh dengan harta dunia

*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL

*Bersihkan diri dgn bertaubat

*Gembirakan hati orang mukmin

*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal

*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR

* Mengucap dua kalimah syahadah

* Suka memberi Sedekah

* Berkata Benar

* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN

* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat

* Sucikan perkataan dan pakaian

* Bersyukur dgn yang sedikit

* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

* Jauhkan perkataan sia-sia

*Pendekkan cita-cita dunia

* Banyakkan puji-pujian kepada Allah

* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM

* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala*

* Berbaktilah pada ibu bapa

* Berpegang teguh pada hukum syarak

* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

* Banyakkan membaca al-Quran

* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa lalu

* Tinggalkan perkara yang maksiat

* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA

* Membuat kebajikan seberapa yang boleh

* Kasihi orang yang soleh

* Kerjakan segala suruhan allah

* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD

* Kasihilah nabi Allah Taala

* Kasihilah Rasullullah

* Tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala

* Banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH

*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala

* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala

* Betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala

* Bencikan segala yang diharamkanNya."

2 comments: