Friday, February 18, 2011

wah! mari melancong!



owh rasa macam nak ke Brunei Darussalam je. melancong bersama family tersayang kan best.
bersama yang tersayang pun boleh jugak! erk. haha
tapi duit takde. T_T

"Brunei atau secara rasminya Negara Brunei Darussalam ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia.

Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo.

Kira-kira dua pertiga daripada penduduk Brunei adalah orang Melayu. Kelompok etnik minoriti terdiri daripada lebih kurang 15% jumlah penduduknya. Kaum-kaum ini juga membayangkan bahasa-bahasa yang paling penting: Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi. Bahasa Inggeris juga dituturkan secara meluas.

Islam ialah agama rasmi Brunei, dan Sultan Brunei merupakan ketua agama negara itu. Agama-agama lain yang dianuti termasuk Buddha (dianuti terutamanya oleh orang Cina), Kristian, serta agama-agama orang asli (dengan jumlah yang amat kecil).

Budaya Melayu Brunei seakan sama dengan budaya Melayu di Semenanjung Malaysia, dengan pengaruh kuat daripada Hindu dan Islam, tetapi kelihatan lebih konservatif berbanding Malaysia.

Outside view of the Royal Regalia Building

Sungei Brunei (Brunei river)

Memorial opposite Kampong Ayer

The Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque

p/s : ah. comel2 je tempat2 kat Bandar Seri Begawan neh! shopping complex laaaagi comel! hehe

No comments:

Post a Comment